KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday, 17 September 2013

Set Bersalin Shaklee Set Bersalin No. 1 Untuk Ibu Berpantang

Set Bersalin Shaklee adalah Set Bersalin yang mendapat kepercayaan dan diakui terbaik bagi Ibu Berpantang kerana kesan positif terhadap kesan pemulihan dan perawatan selepas bersalin dan semasa berpantang.

Pengalaman peribadi Kak Engku menggunakan sendiri "Set Bersalin Shaklee" sebelum, semasa dan diteruskan lepas berpantang baby keempat Kak Engku yang lahir pada bulan Mei 2012. Kak Engku lebih suka mejadikan diri sendiri sebagai testimoni untuk kali ini. Hasil dan kesan dari penggunaan Set Bersalin Shaklee memang terasa, semasa bersalin badan berasa cukup bertenaga, begitu juga selepas bersalin badan masih terasa mempunyai tenaga serta kurang mengalami masalah kelesuan, sepanjang tempoh berpantang proses pemulihan berjalan dengan lancar, penyusuan secara eksklusif Alhamdulillah berjaya Kak Engku laksanakan bukan hanya untuk 6 bulan pertama TETAPI masih berlanjutan sehingga sekarang (setakat nie baby Kak Engku dah berusia 1 tahun 6 bulan hihi), dan yang paling bonus ialah badan masih kekal ramping dan berat masih berada dalam BMI ideal, thanks ye Set Bersalin Shaklee.

Untuk testimoni-testimoni dari pengguna lain InsyaAllah akan Kak Engku kongsikan di lain post entri ye.

Keberkesanan Set Bersalin Shaklee memang diakui sangat baik dan berkesan di dalam perawatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, bagi tujuan penyusuan susu ibu secara eksklusif, serta penurunan berat badan secara semulajadi dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.

Malah terdapat Doktor dan Pakar Perubatan yang menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan.

Petikan Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat :Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.

Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.
 
Manakala menurut Dr. Zubaidi dalam blog beliau www.drzubaidi.com pengambilan ESP dan Vitalea sangat membantu bagi tujuan pemulihan luka dalaman ibu lepas bersalin.


Set Bersalin Shaklee dibahagikan kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu Berpantang dan juga budget masing-masing. 3 Pakej Set Bersalin Shaklee adalah Set Asas (Rawatan Dalaman), Set Extra (Rawatan Dalaman + Penyusuan) dan Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Kekal Ramping).



Set Bersalin Shaklee – Set Asas adalah satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.


Set Bersalin Shaklee – Set Extra adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Asas yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutrisi Ibu Yang Menyusu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Extra mengandungi 6 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.

Set Bersalin Shaklee – Set Premium adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Extra yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Premium mengandungi 8 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.


Di entri Panduan Penting Memilih Set Bersalin, Kak Engku ada memberi tip-tip penting untuk mendapatkan Set Bersalin yang terbaik untuk berpantang. Dan Feedback yang Kak Engku terima, ramai ibu-ibu yang memilih SET BERSALIN SHAKLEE sebagai Set Bersalin pilihan kerana fungsi dan kebaikannya.


Fungsi Dan Kebaikan Set Bersalin Shaklee


Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.


Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.


Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.


ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.


Lecithin Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi choline untuk kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu. Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.


Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.


Kesimpulannya Set Bersalin Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.


Berminat!! untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee, sudi-sudikan hubungi Kak Engku

Hubungi Kak Engku Untuk Mendapatkan Konsultansi Percuma Dan Cadangan Kombinasi Set Bersalin Shaklee Yang Bersesuaian Dengan Budget.

Pembelian Set Bersalin Shaklee Di Sini, Melayakkan Mama Untuk Mendapat Khidmat Kaunseling PERCUMA Berpantang Dan Penyusuan Dari Kak Engku Bidan Bersalin (Kepakaran Kak Engku Adalah Dalam Khidmat Kebidanan, Penjagaan Berpantang, Penjagaan Bayi & Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif)


WhatsApp / SMS / Hello : 0192077643


Tengku Azmanira Raja Husin
Pengedar Shaklee Berdaftar : ID 908001


Klik Sini Untuk Ketahui Produk Dan Senarai Harga Produk Shaklee.


Klik Sini Untuk Jadi Pengedar Shaklee Serta Menyertai Kak Engku Bisnes Partner.
Post a Comment

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...