KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Friday, 12 July 2013

Set Bersalin – Satu Kemestian Buat Ibu Semasa Berpantang

Set Bersalin adalah Satu Kemestian Buat Ibu Semasa Berpantang dan ia merupakan satu keperluan yang tidak boleh diketepikan sama sekali. Pengabaian pengambilan dan penggunaan Set Bersalin semasa berpantang boleh memberi kesan terhadap tubuh dan kesihatan badan dalam tempoh jangka masa panjang. Selalunya, kesan-kesan sampingan itu akan mula dirasai apabila sudah mempunyai anak yang kedua dan seterusnya. Ramai ibu yang mengabaikan pengambilan Set Bersalin serta tidak berpantang dengan betul telahpun mulai rasa kesannya. Perkara ini sering kali diluahkan oleh mereka kepada Kak Engku.

Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang serta tidak mendapat khasiat yang mencukupi semasa dan sepanjang kehamilan juga boleh memberi masalah selepas bersalin kelak. Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu berpantang adalah seperti berikut:

Keletihan, kelesuan serta tidak bermaya semasa berpantang.
Emosi yang mudah terganggu, serta cepat stress.
Kemurungan, hilang fokus dan mudah mengalami halusinasi.
Mudah meroyan.
Luka bersalin lambat sembuh.
Susu badan kurang dihasilkan dan mudah kering.
Keinginan Seksual yang berkurangan.
Dan banyak lagi.

Ini terjadi disebabkan tubuh ibu kekurangan nutrisi. Nutrisi dan Vitamin sangat-sangat diperlukan oleh ibu yang berpantang. Ramai yang tidak menyedari bahawa semasa kehamilan, nutrisi, kalsium dan lain-lain akan dibekalkan kepada bayi dalam kandungan bagi tujuan pembesaran janin. Pembekalan nutrisi, kalsium, vitamin dan sebagainya kepada janin bermaksud ibu akan kehilangan perkara ini di dalam badan. Oleh yang demikian, ibu perlu menggantikannya semula untuk diri sendiri. Sebagai contoh, bagi pembesaran janin dalam kandungan, kalsium sangat diperlukan oleh bayi. Kehilangan kalsium yang banyak dalam badan ibu seharusnya digantikan dengan kalsium yang baru. Jika ibu tidak mendapat kalsium yang baru, ini akan mengakibatkan ibu akan mengalami kerosakan gigi, kerapuhan tulang dan sebagainya. Ini terjadi apabila kalsium akan diambil atau di”curi” dari gigi serta tulang bagi menampung keperluan tubuh si ibu. Begitu juga dengan nutrisi dan Vitamin yang lain. Pengabaian perkara ini boleh mendatangkan kesan untuk jangka masa panjang.    

Oleh itu, untuk ibu Berpantang sembuh dengan baik serta dapat menjalani proses penyusuan susu badan dengan lancar, cergas menjaga bayi sepanjang Berpantang, kekal bertenaga sepanjang tempoh Berpantang, ibu seharusnya perlu mendapat bekalan nutrisi pemakanan yang seimbang.

Sebagai alternatif, ibu boleh mengamal rangkaian Produk Shaklee bagi mengatasi masalah ini serta memastikan ibu selepas bersalin mendapat Vitamin secara semulajadi serta selamat untuk mendapat nutrient dan zat yang diperlukan oleh tubuh ibu.


Ketahui Kepentingan Vitamin Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu Yang Berpantang

Vitamin B Complex (Dengan Asid Folik)
VitaLea (Multivitamin)
Vitamin C
Zinc Complex
ESP (Susu Soya Protein)
Ostematrix (Kalsium)
Lecithin
Alfalfa



Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.


Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.


Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.


ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.


Lecithin Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi choline untuk kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu. Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.


Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.


Berminat!! untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee, sudi-sudikan hubungi Kak Engku

Hubungi Kak Engku Untuk Mendapatkan Konsultansi Percuma Dan Cadangan Kombinasi Set Bersalin Shaklee Yang Bersesuaian Dengan Budget.

Pembelian Set Bersalin Shaklee Di Sini, Melayakkan Mama Untuk Mendapat Khidmat Kaunseling PERCUMA Berpantang Dan Penyusuan Dari Kak Engku Bidan Bersalin (Kepakaran Kak Engku Adalah Dalam Khidmat Kebidanan, Penjagaan Berpantang, Penjagaan Bayi & Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif)


WhatsApp / SMS / Hello : 0192077643


Tengku Azmanira Raja Husin
Pengedar Shaklee Berdaftar : ID 908001


Klik Sini Untuk Ketahui Produk Dan Senarai HargaProduk Shaklee.

Klik Sini Untuk Jadi Pengedar Shaklee Serta Menyertai Kak Engku Bisnes Partner.


Post a Comment

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...