Set Bersalin Shaklee dibahagikan
kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu Berpantang
dan juga budget masing-masing. 3 Pakej Set
Bersalin Shaklee adalah Set Asas (Rawatan Dalaman), Set Extra
(Rawatan Dalaman + Penyusuan) dan Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Kekal Ramping).
Di
entri Panduan Penting Memilih Set Bersalin, Kak Engku ada memberi tip-tip penting untuk mendapatkan Set
Bersalin yang terbaik untuk berpantang. Dan Feedback yang Kak Engku terima,
ramai ibu-ibu yang memilih Set Bersalin Shaklee
sebagai Set Bersalin pilihan kerana fungsi dan kebaikannya.
Set Bersalin
Shaklee – Set Extra
adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Asas yang ditambah dengan 2
suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutrisi Ibu Yang Menyusu, di samping
memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas
bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Extra
mengandungi 6 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari
ibu-ibu berpantang di Malaysia.
Vitamin
B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada
seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu
berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan
makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari
kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara
kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya
kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan
tanda regangan kulit – stretch marks.
VitaLea
(Multivitamin)
Vitalea
sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang
sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab
banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan
vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk
penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta
mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
Vitamin C
Vitamin
C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum
dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti
sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan
bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan
kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan
kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch
marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.
Zink
Zink
paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan
Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan
kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang.
Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta
rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu
zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah
solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat
mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh
berpantang.
ESP – Susu
Soya Protein
ESP Susu Soya Protein baik untuk
penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang
dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP
Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka
luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam
penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan
tenaga dan kecergasan badan.
Ostematrix
(Kalsium)
Ostematrix
adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya
berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin
membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu
pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan
otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan
saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian
rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.
Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam
penghasilan susu ibu.
Kesimpulannya
Set Bersalin Shaklee diakui dapat
memenuhi keperluan para ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang
optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set
Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan
semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan
diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa
berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat
berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.
Berminat!! untuk
mendapatkan Set Bersalin Shaklee – Set
Extra, sudi-sudikan hubungi Kak Engku
Hubungi Kak Engku
Untuk Mendapatkan Konsultansi Percuma Dan Cadangan Kombinasi Set Bersalin
Shaklee Yang Bersesuaian Dengan Budget.
Pembelian Set Bersalin Shaklee Di Sini, Melayakkan Mama Untuk
Mendapat Khidmat Kaunseling PERCUMA Berpantang Dan Penyusuan Dari Kak Engku
Bidan Bersalin (Kepakaran Kak Engku
Adalah Dalam Khidmat Kebidanan, Penjagaan Berpantang, Penjagaan Bayi &
Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif)
WhatsApp
/ SMS / Hello : 0192077643
Tengku
Azmanira Raja Husin
Pengedar
Shaklee Berdaftar : ID 908001
Klik
Sini Untuk Ketahui Produk Dan Senarai HargaProduk Shaklee.
Klik
Sini Untuk Jadi Pengedar Shaklee Serta
Menyertai Kak Engku Bisnes Partner.
No comments:
Post a Comment