KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Thursday 8 August 2013

Panduan Penting Memilih Set Bersalin

Panduan Penting Memilih Set Bersalin merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan di dalam memilih sesuatu jenama Set Bersalin. Untuk memilih set bersalin bukanlah sesuatu perkara yang mudah, adakalanya mahu pening kepala dibuatnya. Bagi ibu yang bercita-cita dan berazam untuk menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif. Perkara yang seharusnya diambil kira, adakah set bersalin yang menjadi pilihan benar-benar tidak memberi kesan dan menjejaskan penyusuan.

Perlu diketahui ada sesetengah jamu boleh mengeringkan susu dan merencatkan tujuan ibu untuk menyusukan bayi. Oleh yang demikian, disini Kak Engku sediakan beberapa tip Panduan Penting Memilih Set Bersalin semoga dapat dijadikan panduan, InsyaAllah.


Ketahui Dan Kumpul Maklumat Berkaitan Produk

Dapatkan maklumat yang secukupnya dari pengedar atau penjual berkaitan dengan Set Bersalin yang menjadi pilihan. Ketahui setiap produk yang terkandung di dalam Set Bersalin yang ditawarkan. Pastikan samada ianya dalam bentuk pil, minuman, losyen dan sebagainya. Yang paling utama , adakah ia memenuhi citarasa anda.

Keselamatan Produk

Buat sedikit research berkaitan dengan Set Bersalin tersebut. Sumber boleh diperolehi melalui bahan bacaan, berforum, sahabat handai, saudara mara dan sebagainya. Dapatkan testimoni daripada yang telah menggunakan produk tersebut. Sekiranya perlu dapatkan nasihat daripada doktor.

Adakah Ia Menjejaskan Penyusuan

Kabanyakkan Set Bersalin yang berasaskan herba adalah bersifat panas. Ini akan menyebabkan ibu dan bayi mengalami kesan sampingan yang ringan seperti panas badan serta mengalami cirit-birit. Adakalanya ia juga akan menyebabkan berlakunya kekeringan susu badan. Pastikan herba-herba yang boleh menjejaskan penyusuan tidak terkandung di dalam Set Bersalin tersebut.

Sebaiknya guna Set Bersalin yang berasaskan Vitamin seperti Set Bersalin Shaklee yang telah diakui dan terbukti berkesan di dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Siasat Latar Belakang Syarikat Pengeluar

Perlu diketahui, sejak akhir-akhir ini begitu banyak jenama produk Set Bersalin yang terdapat di pasaran. Kepelbagaian jenama merupakan satu perkara yang baik untuk pengguna. Namun, perlu diingat, sebagai pengguna kita seharusnya peka dan faham bagaimana untuk memilih yang bertepatan serta selamat dan berkesan kepada diri kita. Pastikan produk yang menjadi pilihan mendapat pengesahan HALAL dan serta kelulusan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan sebagainya. Perkara sebegini perlu diberi keutamaan agar ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada diri kita sebagai pengguna di masa hadapan.

Nasihat Doktor

Dapatkan nasihat doktor, kerana doktor yang merawat sepanjang kehamilan lebih mengetahui masalah dan tahap kesihatan kita sepanjang tempoh kehamilan. Pandangan doktor mungkin adalah yang terbaik dan boleh dijadikan sebagai panduan di dalam memilih sesuatu produk Set Bersalin.

Petikan Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat :Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.

Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.

Budget

Di dalam pemilihan Set Bersalin, perkara yang perlu diambil kira adalah budget kita sendiri. Oleh itu, pastikan berapa peruntukkan budget yang akan dibelanjakan bagi tujuan ini. Sebaiknya budget yang diperuntukkan dapat memenuhi keperluan ibu untuk berpantang dan mendapat penjagaan yang berkualiti. Seharusnya ibu juga tidak terlalu mengetatkan budget bagi tujuan ini kerana kesihatan dalaman badan ibu perlulah dijaga dan diberikan keutamaan di dalam tempoh pemulihan. Kecergasan dan kesihatan sepanjang berpantang perlu dijadikan keutamaan. Perlu diingat “badan nie nak digunakan untuk tempoh yang lama lagi”.

Berpantang Sendiri

Adakalanya ibu yang berpantang perlu mengalami “berpantang sendiri”. Ini terjadi kerana sudah ketiadaan ibu, ibu sudah uzur, berjauhan dari keluarga dan sebagainya. Oleh sebab itu, pemilihan Set Bersalin yang mudah, ringkas dan pratikal sangat-sangatlah menjadi keutamaan. Perlu diingat berpantang sendiri sememangnya menguji segala aspek. Jadi pilihlah Set Bersalin  yang mudah, ringkas dan pratikal.

Elakkan Pembaziran

Jangan terlalu ghairah untuk menyediakan segala keperluan barangan berpantang. Sebaliknya kaji dan selidik terlebih dahulu barang-barang yang benar-benar akan digunakan semasa berpantang kelak. Cuba berjimat jika perlu. Membeli tanpa mengambil kira keperluan adalah satu pembaziran.

Testimoni Pengguna

Cuba dapatkan testimoni-testimoni pengguna terhadap produk yang menjadi pilihan anda. Adakah ia merupakan produk yang berkesan dan bagus ataupun sebaliknya. Testimoni ini juga dapat membantu kita sebagai Panduan Penting Memilih Set Bersalin.


Bagi bakal-bakal ibu yang masih tercari-cari Set Bersalin Pilihan, Kak Engku cadangkan cubalah dapatkan Set Bersalin Shaklee  kerana ia sangat bagus untuk:

Penyembuhan luka selepas bersalin
Pembersihan toksin dari sistem tubuh
Meningkatkan penghasilan susu ibu
Menurunkan berat badan selepas bersalin
Membentukkan kontor tubuh seperti sebelum hamil
Memberi tenaga tambahan yang berpanjangan
Mencantik dan menganjalkan kulit
Memulihkan libido untuk fungsi keintiman suami isteri selepas bersalin
Melindungi keguguran rambut ibu
Meningkatkan imuniti ibu serta bayi
Mengurangkan kesan regangan kulit (stretch mark) akibat kehamilan

Inilah Kebaikan dan Fungsi Set Bersalin Shaklee berbanding Set Bersalin lain yang terdapat dipasaran. Memang diakui bahawa Set Bersalin Shaklee merupakan pilihan ibu buat masa kini.

Selain daripada Fungsi dan Kebaikan di atas, Ibu yang mengambil dan mengamalkan Set Bersalin ini akan juga mengalami kesan-kesan luar jangkaan seperti

Badan bertenaga
Tubuh terasa ringan dan segar apabila bangun dari tidur
Mempunyai fokus yang tinggi
Susu badan semakin pekat dan berkualitiuntuk si comel
Kulit menjadi semakin cerah serta parut semakin hilang
Hubungan Suami Isteri yang positif
Mood sentiasa terkawal, dapat mengelakkan stress dan masalah meroyan
Tidak mudah jatuh sakit
Ibu yang bersalin czer, luka pembedahan cepat sembuh
Wajah berseri seri, tidak pucat

Oleh itu, pastikan Set Bersalin yang dipilih merupakan Set Bersalin yang bagus, selamat dan efektif bagi ibu dan juga si comel.

Berminat!! untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee, sudi-sudikan hubungi Kak Engku

Hubungi Kak Engku Untuk Mendapatkan Konsultansi Percuma Dan Cadangan Kombinasi Set Bersalin Shaklee Yang Bersesuaian Dengan Budget.

Pembelian Set Bersalin Shaklee Di Sini, Melayakkan Mama Untuk Mendapat Khidmat Kaunseling PERCUMA Berpantang Dan Penyusuan Dari Kak Engku Bidan Bersalin (Kepakaran Kak Engku Adalah Dalam Khidmat Kebidanan, Penjagaan Berpantang, Penjagaan Bayi & Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif)


WhatsApp / SMS / Hello : 0192077643


Tengku Azmanira Raja Husin
Pengedar Shaklee Berdaftar : ID 908001


Klik Sini Untuk Ketahui Produk Dan Senarai HargaProduk Shaklee.


Klik Sini Untuk Jadi Pengedar Shaklee Serta Menyertai Kak Engku Bisnes Partner.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...