Set Bersalin Shaklee adalah
Set Bersalin yang mendapat
kepercayaan dan diakui terbaik bagi Ibu Berpantang kerana kesan positif
terhadap kesan pemulihan dan perawatan selepas bersalin dan semasa berpantang.
Pengalaman
peribadi Kak Engku menggunakan sendiri "Set
Bersalin Shaklee" sebelum, semasa dan diteruskan lepas berpantang baby
keempat Kak Engku yang lahir pada bulan Mei 2012. Kak Engku lebih suka
mejadikan diri sendiri sebagai testimoni untuk kali ini. Hasil dan kesan dari
penggunaan Set Bersalin Shaklee
memang terasa, semasa bersalin badan berasa cukup bertenaga, begitu juga
selepas bersalin badan masih terasa mempunyai tenaga serta kurang mengalami
masalah kelesuan, sepanjang tempoh berpantang proses pemulihan berjalan dengan
lancar, penyusuan secara eksklusif Alhamdulillah berjaya Kak Engku laksanakan
bukan hanya untuk 6 bulan pertama TETAPI masih berlanjutan sehingga sekarang
(setakat nie baby Kak Engku dah berusia 1 tahun 6 bulan hihi), dan yang paling
bonus ialah badan masih kekal ramping dan berat masih berada dalam BMI ideal,
thanks ye Set Bersalin Shaklee.
Untuk
testimoni-testimoni dari pengguna lain InsyaAllah akan Kak Engku kongsikan di
lain post entri ye.
Keberkesanan
Set Bersalin Shaklee memang diakui
sangat baik dan berkesan di dalam perawatan dan penyembuhan luka dalaman
selepas bersalin, bagi tujuan penyusuan susu ibu secara eksklusif, serta penurunan berat badan secara semulajadi
dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.
Malah
terdapat Doktor dan Pakar Perubatan yang menyarankan agar ibu-ibu berpantang
mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak
kira samada bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan.
Petikan
Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid
Arshat : “Ramai wanita yang salah
anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil
menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk
kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin.
Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru
untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk
jadi anak pintar.
Setelah
bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan
kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil
tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”
Manakala
menurut Dr. Zubaidi dalam blog beliau www.drzubaidi.com
pengambilan ESP dan Vitalea sangat membantu bagi tujuan pemulihan luka dalaman
ibu lepas bersalin.
Set Bersalin
Shaklee dibahagikan
kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu Berpantang dan
juga budget masing-masing. 3 Pakej Set
Bersalin Shaklee adalah Set Asas
(Rawatan Dalaman), Set Extra
(Rawatan Dalaman + Penyusuan) dan Set
Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Kekal Ramping).
Set Bersalin Shaklee – Set Asas adalah satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.
Set Bersalin Shaklee – Set Extra
adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Asas yang ditambah dengan 2
suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutrisi Ibu Yang Menyusu, di samping
memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas
bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Extra
mengandungi 6 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari
ibu-ibu berpantang di Malaysia.
Set Bersalin Shaklee – Set Premium
adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Extra yang ditambah dengan 2
suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan
berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu, di samping memenuhi
keperluan perawatan dalaman yang
optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set
Bersalin Shaklee – Set Premium mengandungi 8 produk Vitamin Shaklee yang
diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.
Di
entri Panduan Penting Memilih Set Bersalin, Kak Engku ada memberi tip-tip penting untuk mendapatkan Set
Bersalin yang terbaik untuk berpantang. Dan Feedback yang Kak Engku terima, ramai
ibu-ibu yang memilih SET BERSALIN SHAKLEE sebagai Set Bersalin pilihan kerana fungsi dan kebaikannya.
Fungsi Dan
Kebaikan Set Bersalin Shaklee
Vitamin
B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada
seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu
berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan
makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari
kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara
kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya
kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan
tanda regangan kulit – stretch marks.
Vitalea
sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang
sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab
banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan
vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk
penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin
serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
Vitamin
C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum
dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti
sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan
bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan
kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan
kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch
marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.
Zink
paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan
Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan
kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang.
Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta
rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu
zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah
solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat
mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh
berpantang.
ESP Susu Soya
Protein
baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu
Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam
pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot.
Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu.
Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.
Ostematrix
adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya
berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin
membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu
pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan
otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan
saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian
rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.
Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam
penghasilan susu ibu.
Lecithin
Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi choline
untuk kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan
mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu.
Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus
dan mudah untuk diemulsi.
Alfalfa
Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan.
Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8
enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan
akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba
membanyakkan penghasilan susu ibu.
Kesimpulannya
Set Bersalin Shaklee diakui dapat
memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum
selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin
yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa
berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan
selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang
sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk
wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.
Berminat!! untuk
mendapatkan Set Bersalin Shaklee,
sudi-sudikan hubungi Kak Engku
Hubungi Kak Engku
Untuk Mendapatkan Konsultansi Percuma Dan Cadangan Kombinasi Set Bersalin
Shaklee Yang Bersesuaian Dengan Budget.
Pembelian Set Bersalin Shaklee Di Sini, Melayakkan Mama Untuk
Mendapat Khidmat Kaunseling PERCUMA Berpantang Dan Penyusuan Dari Kak Engku
Bidan Bersalin (Kepakaran Kak Engku
Adalah Dalam Khidmat Kebidanan, Penjagaan Berpantang, Penjagaan Bayi &
Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif)
WhatsApp
/ SMS / Hello : 0192077643
Tengku
Azmanira Raja Husin
Pengedar
Shaklee Berdaftar : ID 908001
Klik
Sini Untuk Ketahui Produk Dan Senarai Harga Produk Shaklee.
Klik
Sini Untuk Jadi Pengedar Shaklee Serta
Menyertai Kak Engku Bisnes Partner.
No comments:
Post a Comment