Definisi
Jagaan yang diberi kepada
ibu selepas bersalin bermula dari masa uri dikeluarkan sehingga 6 hingga 8
minggu selepas bersalin di mana organ-organ pembiakan kembali ke asal seperti
sebelum mengandung.
Tujuan
Untuk menggalakkan
ambulasi awal bagi ibu lepas bersalin.
Menggalakkan penyusuan
susu ibu berterusan
Mengelakkan jangkitan
kuman semasa dalam pantang di mana luka perineum atau luka pembedahan bersih,
kering dan darah nifas tidak berbau.
Mengelakkan tekanan
perasaan semasa ibu dalam pantang (meroyan)
Kebersihan Diri
Mandi dan tukar pakaian
setiap hari
Bersihkan kemaluan setiap
kali selepas ke tandas, lap kering dan tkar tuala wanita kerap kali.
Pastikan payudara bersih
dan kering dan pakai baju dalam yang sesuai.
Jagaan Luka Perineum /
Pembedahan
Jahitan luka perineum /
pembedahan akan sembuh dalam masa 7 hingga 14 hari dan jahitan tidak perlu
dibuka.
Bersihkan kemaluan setiap
kali selepas ke tandas, lap kering dan tukar tuala wanita kerap kali.
Cuci luka dengan air
bersih, lap kering dan tidak digalakkan menyapu sebarang ubatan atau krim pada
luka jahitan.
Perhatikan tanda-tanda
jangkita seperti:
Kemerahan, bengkak dan sakit
Keluar cecair seperti darah, nanah dan berbau
Luka jahitan terbuka sebelum sembuh
Demam
Keluaran darah nifas dengan banyak secara tiba-tiba.
Jika ada tanda-tanda
jangkitan seperti diatas,segera ke hospital untuk dapatkan rawatan doktor.
Kaedah swabbing ialah
mencuci luka menggunakan cecair antiseptik dan memastikan tiada nanah padanya.
Luka yang sihat tidak sakit, tiada nanah apabila dipicit dan akan bercantum
dengan cepat. Sekiranya ada nanah, bersihkan segera dan antibiotik juga diperlukan.
Kenapa Luka Lambat Sembuh
Jangkitan kuman
Kencing manis
Kekurangan vitamin
terutamanya vitamin c.
Anemia.
Bayi pula, hal yang perlu
diperhatikan ialah pusatnya. Pastikan tiada nanah atau jangkitan. Pusat
sepatutnya gugur dengan cepat tanpa sebarang gangguan.
Sebaik sahaja bersalin,
ibu sudah tentu menghadapi masalah untuk merawat luka. Jenis-jenis luka
termasuklah:
Luka Episiotomi
Episiotomi bermakna luka
hirisan yang dibuat pada perineum untuk memudahkan kelahiran. Ia biasanya
sepanjang 10 sm dan menembusi sehingga lapisan mukosa. Luka ini bersih dan
mudah dijaga.
Luka Terkoyak
Luka terkoyak terjadi
apabila bayi terlalu besar, kedudukan bayi tidak betul atau meneran sebelum
pintu rahim terbuka sepenuhnya. Luka yang terlalu besar agak sukar dijaga
kerana ia boleh merebak sehingga ke bahagian rektum.
Luka Caesarean
Luka pada perut yang
biasanya melintang dan mudah dijaga walaupun dalam kerana ia adalah luka yang
bersih.
No comments:
Post a Comment