KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 16 July 2013

Panduan Pemakanan Seimbang



Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan lemak.

Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks iaitu nasi, mi, bijirin dan roti.

Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, ayam dibuang kulit dan lemak, ikan, telur, soya, tempe dan kekacang iaitu 3 hingga 4 hidangan susu sehari. Pengambilan lebih makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu ibu.

Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran iaitu 3 hingga 5 hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin c dan asid folik yang penting untuk ketahanan tubuh dan tumbesaran bayi.

Pengambilan lemak dan gula berlebihan perlu dikurangkan untuk mengelakkan daripada penambahan berat badan berlebihan dan menyebabkan kegemukan.

Ibu menyusukan dengan susu ibu boleh mengambil saiz makanan yang sama seperti sewaktu hamil pada trimester ke 3 tetapi hendaklah meningkatkan pengambilan susu kepada tiga hingga empat gelas sehari. Walau pun tiada bukti menunjukkan komposisi kalsium daripada susu ibu dipengaruhi oleh pengambilan kalsium ibu, dipercayai kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan mobilisasi atau penggunaan kalsium dari tulang ibu untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi keperluan bayi. Kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat menopaus.

Pastikan ibu mengambil air sebanyak 6 – 8 gelas sehari.

Pengambilan kalori yang mencukupi di samping protein tinggi seperti daging tanpa lemak, buah-buahan yang kaya vitamin c seperti jambu batu dan oren serta sayur-sayuran hijau boleh mempercepatkan penyembuhan luka.

Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel-sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan darah nifas.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...