KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday, 9 July 2013

Tips Naikkan Berat Badan



Kebanyakkan ibu hamil yang tergolong dalam kategori memiliki berat badan berkurangan selalunya mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang seperti rendah kalori serta kurang sumber protein. Bagi mengatasi perkara tersebut, jom cuba tip ini:

Jangan lupa untuk bersarapan setiap pagi. Bagi mendapatkan sumber protein tambahan dalam diet sarapan anda, sudah memadai makan roti bakar bersama sekeping keju.

Makan dengan kerap. Cuba amalkan mengambil kudapan snek yang sihat seperti yogurt dan buah-buahan kering yang boleh memberi sumber protein, kalsium, nutrien dan mineral pada tubuh.

Amalkan pemakanan yang kaya dengan lemak baik seperti kekacang, ikan, avokado dan sebagainya.

Minum minuman yang baik untuk kesihatan sepanjang kehamilan antaranya seperti jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C serta beta karotena seperti jus oren, aprikot, limau gedang, betik, dan karot.

Hindari mengambil makanan ringan yang tidak sihat.

Jika ingin mengambil suplemen tambahan, dapatkan pandangan dari doktor yang merawat terlebih dahulu.


Tip Mengurangkan Berat Badan Yang Berlebihan

Bersarapan seperti biasa, tetapi cuba gantikan diet dengan menu yang ringan seperti roti bakar bersama segelas susu.

Bagi mengelakkan ibu hamil sentiasa berasa lapar, cuba ambil kudapan dengan kerap.

Hindari makanan yang berlemak, berminyak serta bergoreng. Cuba gantikan dengan makanan yang dimasak secara rebus, bakar, kukus, mahupun  berpanggang.

Hindari makanan yang kaya dengan lemak tepu serta makanan ringan yang mengandungi lemak dan sodium.

Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Lengkapkan pemakanan dengan pengambilan vitamin, kalsium, asid folik, besi, mineral dan nutrien yang baik untuk tubuh.

Banyakkan minum air. Disarankan minum antara 8 hingga 12 gelas air sehari. Hindari minuman yang mengandungi perisa tambahan serta yang mengandungi soda kerana ia akan menambahkan kalori dalam badan. Air mampu mengeluarkan toksin dalam badan.

Jadikan senaman mudah sebagai rutin harian. Ibu hamil boleh lakukan pelbagai senaman ringkas dan mudah seperti berjalan, menaikki anak tangga dan sebagainya.

Pengambilan suplemen dapat membantu ibu hamil melengkapkan nutrien yang diperlukan badan. Awas! Dapatkan nasihat dari doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.


Carta Berat Ketika Hamil

Penambahan berat badan ibu hamil adalah berbeza antara satu sama lain. Jadual di bawah menunjukkan anggaran berat badan yang seharusnya dialami oleh ibu hamil sepanjang kehamilan.

Berat Sebelum Hamil
Kehamilan Tunggal
Kehamilan Kembar
BMI < 18.5
12 -18 kg
-
18.5 < BMI < 24.9
11 – 15 kg
17 – 24 kg
25.0 < BMI < 29.9
6 – 11 kg
14 – 22 kg
BMI < 30.0
5 – 9 kg
11 – 19 kg

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...