Berat badan ibu hamil akan sentiasa meningkat di
sepanjang tempoh kehamilan. Berat badan ideal amat penting sepanjang kehamilan
bagi menjamin kesihatan ibu serta perkembangan bayi yang sihat. Tetapi, jika
berat badan ibu hamil berlebihan atau berkurangan, maka ibu hamil akan dipantau
dan tindakan selanjutnya perlu diambil bagi memastikan kehamilan anda berjalan
lancar.
Berat Badan Ideal
Pertambahan berat badan
adalah berbeza untuk setiap ibu hami. Oleh itu, adalah penting untuk anda
mengetahui pertambahan berat badan yang ideal semasa kehamilan dengan berat
anda sebelum hamil. Ini kerana masalah berat badan yang berlebihan semasa
kehamilan berisiko mengundang masalah pelbagai masalah kesihatan. Kenaikan
berat badan sepanjang tempoh kehamilan ini bergantung kepada tinggi dan berat
badan anda sebelum kehamilan.
Sekiranya berat badan
anda kurang sebelum hamil, maka anda dinasihatkan untuk menambahkan berat badan
anda sekitar 14 – 20 kg.
Bagi ibu hamil yang
mempunyai berat badan ideal sebelum hamil, maka penambahan berat badan yang
disarankan sepanjang kehamilan adalah sekitar 12.5 – 17.5 kg.
Dan sekiranya ibu hamil
mengalami berat badan yang berlebihan sebelum hamil, maka penambahan berat
badan yang disarankan adalah sekitar 7.5 – 12.5 kg sahaja.
Manakala bagi ibu hamil
yang hamil kandungan kembar (dua atau lebih), berbincanglah dengan doktor
mengenai kenaikan berat badan yang sesuai sepanjang tempoh ini. Ini kerana
pertambahan berat badan adalah bergantung kepada jumlah janin di dalam rahim.
Secara puratanya ibu hamil akan mengalami pertambahan berat badan antara 1.35
kg pada trimester pertama kehamilan dan meningkat kepada 0.45kg setiap minggu
sehingga minggu ke-40.
Pertambahan Berat Ideal Ibu Hamil
Trimester Pertama
Pada trimester pertama,
berat badan ibu hamil hanya akan bertambah sedikit sahaja dari berat badan
sebelum kehamilan iaitu sekitar 1 – 4 paun (0.5 – 2.0 kg). Selalunya ketika ini
ibu hamil masih tidak mengalami sebarang perubahan yang besar pada tubuh badan.
Selain itu, ramai ibu hamil juga yang berdepan dengan masalah bagi menaikkan
jumlah berat badan pada trimester pertama kehamilan. Ini disebabkan mereka
mengalami alahan mengandung (morning sickness). Namun, tiada apa yang perlu
dirisaukan, ia tidak akan memberi kesan kepada bayi anda, kerana di awal
kehamilan bayi yang dikandung tidak memerlukan kalori dan nutrien yang banyak.
Trimester Kedua
Namun untuk trimester
kedua dan minggu-minggu yang seterusnya, ibu hamil disarankan untuk menambah
berat badan mengikut penambahan berat badan yang disyorkan mengikut kategori
berat masing-masing. Pertambahan berat badan akan meningkat lebih pantas
disebabkan faktor-faktor tertentu seperti mengidam, mudah berasa lapar serta
adakalanya mengalami gejala kuat makan. Jadi dinasihatkan sebaik-baiknya
seimbangkan pemakanan anda dengan diet yang sihat seperti buah-buahan,
buah-buahan kering, jus buahan dan sebagainya.
Trimester Ketiga
Pada trimester ketiga,
kebiasaannya berat badan ibu hamil telah bertambah sebanyak 6.0 kg. Sekiranya
lebih, iaitu sekitar 9.0 – 12.0 kg, jangan risau kerana ia masih dalam skala
pertambahan berat yang normal. Bagi ibu hamil yang mengalami masalah kurang
berat badan, ia berkemungkinan akan menjejaskan tumbesaran bayi. Antara
komplikasi yang berlaku seperti bayi kecil (tidak cukup berat semasa lahir)
atau bayi dilahirkan sebelum masanya (pramasa). Ini disebabkan bayi yang
dikandung tidak menerima bekalan khasiat yang mencukupi. Begitu juga pada ibu
hamil yang mengalami berat badan berlebihan, pelbagai masalah dan risiko yang
akan dihadapi.
Ketahui Agihan Berat
Sepanjang Kehamilan
Tahukah anda, apa yang
menyebabkan pertambahan berat badan sepanjang kehamilan ini? Jom kita cari
puncanya.
Bayi : 7 - 8 paun (3.2 –
3.6kg)
Plasenta (Uri) : 1 - 2
paun (0.5 - 1.0kg)
Cecair amnion (ketuban) :
2 paun (1.0kg)
Uterus : 2 paun (1.0kg)
Tisu payudara ibu : 2
paun (1.0kg)
Pertambahan darah : 4
paun (2.0kg)
Pertambahan cecair : 4
paun (2.0kg)
Simpanan lemak dan
nutrien bakal ibu : 7 paun (3.2kg)
Peka Dengan Berat Badan
Bagi mengetahui berat
badan semasa, anda dinasihatkan agar kerap menimbang berat badan dari masa ke
semasa bagi tujuan pemantauan. Selain itu, sewaktu pemeriksaan antenatal berat
badan ibu hamil akan ditimbang untuk mencatatkan peningkatan atau penurunan
sepanjang kehamilan. Turun naik berat badan akan memberi petunjuk kepada
kesihatan yang sedang dialami oleh ibu hamil. Jika terdapat sebarang perkara
yang berkemungkinan dikesan melalui turun atau naik berat badan, rawatan yang
selanjutnya akan diberikan. Ibu hamil seharusnya menyedari bahawa mengekalkan
berat badan ideal sepanjang kehamilan adalah langkah bijak bagi memastikan
kelancaran sepanjang kehamilan di samping mengelakkan berlakunya sebarang
risiko terhadap diri dan juga kandungan.
Risiko Berat Berlebihan
Secara teorinya ibu hami
lyang mengalami berat badan berlebihan masih mampu melalui tempoh kehamilan dan
kelahiran bayi tanpa sebarang komplikasi. Namun, berat badan berlebihan ini ada
risikonya tersendiri. Antara risiko yang akan dialami seperti:
Mudah menghidap kencing
manis (diabetes) atau darah tinggi semasa hamil.
Sukar mendengar degupan
jantung bayi serta menentukan saiz uterus.
Sukar bersalin secara
normal, berkemungkinan mendapat bayi besar.
Sukar untuk menurunkan
berat badan selepas bersalin.
Sakit belakang
Urat timbul dan bengkak
kaki
Mudah letih atau semput
Oleh itu, Ibu hamil yang
tergolong dalam kategori ini perlu
mendapatkan penjagaan yang khusus sepanjang kehamilan bagi mengurangkan risiko
komplikasi. Doktor mungkin menyarankan diet yang bersesuaian serta melakukan
beberapa ujian seperti ujian imbasan (ultrasound) bagi menentukan saiz janin,
ujian ketahanan glukosa (untuk mengesan kencing manis) serta lain-lain ujian
yang bersesuaian bagi memantau tumbesaran bayi dalam kandungan.
No comments:
Post a Comment