Perubahan hormon yang berlaku membuatkan lidah ibu
hamil berasa tawar atau tidak peka terhadap sesuatu rasa makanan yang dimakan.
Bagi ibu hamil, ini adalah gejala normal apabila merasakan diri mempunyai
keiinginan untuk makan makanan tertentu secara tiba-tiba. Apabila mengidamkan
makanan tertentu, ambillah dalam kauntiti yang sedikit, asalkan amalan tersebut
tidak memudaratkan dan mendatangkan masalah terhadap diri anda dan kandungan.
Perkara ini seringkali membuatkan ibu hamil mengidam untuk merasa makanan
masam, manis ataupun masin. Namum, jangan terlalu diikutkan perasaan, anda
perlu berhati-hati dengan keiinginan selera anda itu. Pastikan pemakanan yang
diambil itu mengandungi bekalan zat yang baik untuk anda dan juga bayi di dalam
kandungan.
Kawal Tahap Mengidam
Mengidam pada sesuatu makanan bukanlah menjadi satu
kesalahan. Namun, perlu diingat gejala ini ada baik dan buruknya jika
diamalkan. Sekiranya ibu hamil mengidamkan pada sesuatu makanan atau minuman
yang baik untuk diri dan bayi dalam kandungan, maka ia bolehlah ditunaikan.
Namun, jika sebaliknya seperti mengidamkan sesuatu yang haram atau membahayakan
diri serta bayi dalam kandungan, maka sebaiknya diabaikan permintaan tersebut.
Mengidam hanyalah naluri ingin makan ataupun disebut sebagai nafsu makan, tiada langsung kaitan dengan keinginan bayi dalam kandungan. Oleh itu, dapatkan pandangan dari doktor sekiranya ibu hamil berasa was-was dengan makanan diidamkan itu. Selain itu sebagai orang Islam, kita seharusnya melakukan sesuatu yang bersesuaian dengan syariat. Jangan terikut-ikut atau terkeliru dengan sesuatu amalan tertentu, seperti, sekiranya ibu tidak dapat makanan yang diidamkannya, nanti bayi akan kempunan dan sekiranya lahir kelak bayi tersebut akan sentiasa melelehkan air liur dari mulutnya.
Oleh itu, suami seharusnya lebih tegas terhadap di dalam memenuhi gejala mengidam yang dialami oleh isteri. Bertindak lebih rasional agak tuntutan tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah terhadap kesihatan isteri dan juga bayi.
Bahaya Pemakanan Tidak Betul
Pemakanan yang tidak seimbang sering kali akan menyebabkan ibu hamil mengalami pelbagai masalah kesihatan di sepanjang tempoh kehamilan. Oleh itu, ibu hamil seharusnya menitikbertakan perkara ini sejak awal lagi. Antara kesan yang mungkin terjadi ialah:
Bayi :
Mati dalam kandungan
Lahir sebelum masa (pra-matang)
Kecacatan otak
Hiperaktif
Mudah dijangkiti penyakit
Ibu :
Kurang Darah (Anemia)
Berlakunya gejala tumpah darah.
Mudah mengalami jangkitan pada paru-paru, buah pinggang
dan hati.
Keguguran.
Makanan Yang Perlu Dihindari
Makanan-makanan yang perlu dihindari ialah makanan
yang boleh mendatangkan kemudaratan, kesan sampingan serta membahayakan anda
dan bayi dalam kandungan. Oleh yang demikian, jom kita ketahui makanan-makanan
yang perlu dihindari sepanjang kehamilan anda
Makanan Yang Diproses
Elakkan makanan dalam tin serta makanan dalam bungkusan. Makanan ini selalunya mempunyai kandungan yang tidak menyihatkan seperti bahan perasa, garam, gula, lemak, bahan awet, dan pewarna.
Makanan Masak Sejuk
Jangan makan makanan yang pra masak atau ayam sedia untuk dimakan kecuali dihidangkan dalam keadaan yang sangat panas. Makanan ini mungkin mengandungi bakteria yang boleh berjangkit kepada bayi.
Daging Mentah (Sushi)
Elakkan makan makanan seperti daging mentah (sushi)
atau makanan yang separuh masak kerana ia mengandungi sejenis parasit
(toksoplasmosis) yang boleh merebak kepada anda dan janin. Selain itu, E.coli,
juga adalah berbahaya berbahaya kepada ibu hamil dan kandungannya.
Bahaya Toksoplasmosis
Selain daging mentah, Toksoplasmosis juga terdapat
pada sayuran. Oleh itu, pastikan sayur-sayuran itu dicuci sebaiknya sebelum
dimasak. Perkara ini perlu diberikan perhatian sekiranya anda ingin makan
sayuran segar sebagai ulam-ulaman dan juga salad. Sekiranya anda memelihara
kucing di rumah, anda disarankan untuk tidak bermain-main (memegang) dengan
kucing tersebut. Elakkan juga dari membersihkan najis kucing tersebut. Ini
adalah kerana kucing serta najisnya berkemungkinan mempunyai kuman
toksoplasmosis yang boleh berpindah kepada diri anda.
Merkuri Yang Tinggi
Ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi boleh
memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan. Ikan-ikan bersaiz besar, Ikan tuna
steak, ikan sea bass, shark dan lain-lain mempunyai kandungan merkuri yang
tinggi. Kandungan merkuri yang terdapat pada ikan-ikan tersebut boleh
menyebabkan berlakunya kerosakan saraf pada bayi jika ia dimakan dalam kuantiti
yang banyak. Oleh itu hadkan pengambilan atau elakkan sama sekali jika boleh.
Kafein
Pengambilan kafein secara berlebihan merupakan satu
amalan yang tidak sihat bagi ibu hamil. Ini kerana kafein boleh menyebabkan
kurang penyerapan zat besi dalam tubuh ibu hamil. Oleh itu minuman seperti
kopi, teh dan yang mengandungi kafein sebolehnya dielakkan. Pengambilan kafein boleh mengakibatkan
terjadinya berat badan bayi kurangdan lebih serius lagi boleh menyebabkan
berlakunya keguguran. Ibu hamil jug sering mengalami masalah dehidrasi jika
mengambil kafein secara berlebihan. Sekiranya perkara ini tidak dapat
dielakkan, anda disarankan hadkan pengambilan kepada 1 atau 2 cawan sahaja
sehari.
Keju
Keju seperti Brie yang diperbuat daripada susu berpasteur dan tanpa berpastuer, serta hasil tenusu tanpa berpastuer yang lain adalah makanan yang tidak sihat untuk ibu hamil. Susu kambing tanpa berpastuer dan barangan susu daripada susu kambing juga patut dielakkan kerana bahan ini mengandungi parasit yang dipanggil toksoplasma.
Bahaya Alkohol
Elakkan sama sekali mengambil alkohol semasa kehamilan. Amalan ini ditegah oleh Islam kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada diri. Selain itu alkohol yang diambil akan membahayakan bayi anda. Walaupun ada yang mendakwa bir, lager dan wain yang tidak mengandungi alkohol atau rendah kandungan alkoholnya boleh diminum, namun perlu diketahui bahawa minuman ini masih tidak bebas daripada bahan tambahan serta bahan kimia berbahaya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri serta bayi yang dikandung. Oleh itu, jauhi daripada melakukan amalan ini.
Teh Herba
Bagi ibu hamil yang ingin meminum teh herba semasa hamil, sebaiknya bertanya dengan ahli farmasi atau ahli herba mengenai kandungan teh herba tersebut. Dapatkan kepastian, agar teh herba yang diambil tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri serta bayi yang dikandung.
Gula
Makanan yang manis dan kaya dengan kandungan gula seperti puding, pastri, kek, biskut, serta minuman berkarbonat adalah tinggi kalori. Pengambilan kalori yang berlebihan akan menyebabkan berat badan ibu hamil mudah bertambah. Selain itu, ia juga mendedahkan ibu hamil kepada risiko menghidap kencing manis semasa kehamilan. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang terlalu manis.
No comments:
Post a Comment