Dinasihatkan agar ibu menyimpan tenaga sendiri dan
bayi. Dapatkan bantuan ibubapa, pembantu rumah, saudara mara atau jiran. Jangan
risau jika keadaan rumah anda kurang kemas atau tidak sempurna kerana anda
bukannya superwoman. Antara tip untuk menyimpan tenaga:-
Tidur apabila bayi tidur. Jika sukar melakukannya,
cukuplah sekadar berbaring sambil menutup mata. Ambil peluang yang ada untuk
berehat walaupun ketika itu ada tetamu. Keluarga dan kawan anda pasti memahami
keadaan ini.
Minum banyak air. Cuba minum sembilan hingga 12 gelas
air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah yang menyebabkan
keletihan.
Ambil makanan yang kaya dengan zat besi (kismis,
bayam dan aprikot). Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ
dan otot.
Elakkan mengambil makanan dan snek berlemak kerana
bakal mengambil lebih banyak masa untuk untuk dihadamkan dan mengurangkan
aliran darah ke otak, hati dan bahagian tubuh yang lain. Ini berlaku kerana
aliran darah meningkat hanya di kawasan perut.
Seimbangkan pengambilan protein.
Hadkan pengambilan protein antara 15gm hingga 20gm
protein setiap kali makan. Selain itu, dua kali snek seberat 15gm adalah
digalakkan. Ketahuilah kekurangan protein akan memudahkan anda letih.
Kawal pemakanan. Anda hanya perlu makan ketika
lapar dan berhenti sebelum kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan
keletihan jangka pendek. Dalam pada itu, jika mempunyai berat badan berlebihan,
ia membuatkan anda lebih mudah letih.
No comments:
Post a Comment