Kenaikan berat badan yang mendadak setelah bersalin
merupakan satu perkara yang normal. Namum ia menjadi perkara yang paling
digeruni oleh wanita yang pastinya mereka mahu bentuk tubuh ideal selepas
melahirkan anak.
Ramai ibu ini merasakan jika berdiet bimbang anak tidak mendapat keperluan nutrisi yang secukupnya pula. Tentunya, ini menjadikan si ibu serba salah. Dalam pada itu banyak pula program pelangsingan yang ditawarkan di pasaran.Bagi yang ingin mengambil suplemen untuk mengurangkan berat badan, dinasihatkan mengambil setelah 6 bulan bersalin. Dinasihatkan juga untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan dengan apa-apa suplemen.
Hati-hati. Jangan mudah mempercayai program diet yang menjanjikan kesan langsing yang cepat tanpa perlu mengelakkan makanan kegemaran dan melakukan aktiviti fizikal. Lebih penting lagi, ambil kira kesihatan diri agar dapat menyusui anak dengan baik. Berikut beberapa tip sederhana yang mungkin boleh membantu anda:
Susui bayi dengan teratur kerana hal ini dapat
mempercepatkan proses penyusutan rahim, ditambah lagi jika anda bersedia
memberikan susu di malam hari.
Mengurus bayi sendiri dan elakkan daripada
memberikan tanggungjawab tersebut kepada pengasuh.
Atur kembali pola pemakanan anda. Makan mengikut
jadual iaitu makan tepat pada waktunya, sebanyak tiga kali sehari.
Lakukan senaman ringan dengan melakukan gerakan
menaikkan kedua belah kaki perlahan-lahan setinggi 45 darjah, tahan sehingga
bilangan ketiga, dan turunkan kaki perlahan-lahan. Amalkan gerakan ini selama
10 minit sebanyak tiga kali sehari. Gerakan ini akan mengencangkan kembali otot
perut dan rahim anda.
Lakukan olahraga teratur berlari ritmik, 15
bilangan berlari, 15 bilangan berjalan dan diulang kembali berlari selama 20
minit sehari. Kalori yang dibakar jauh lebih banyak berbanding berlari selama
30 minit.
Rajin-Rajinlah Naik Tangga
Menurut Colin Boreham, Professor dari Universiti College Dublin, menaiki tangga mampu menjaga kesihatan dan membuat tubuh lebih cergas dan segar. Hal ini dirumuskan menerusi sebuah kajian menganalisis manfaat gerakan menaiki tangga sebanyak 1-2 kali sehari setiap hari.
Kunci sihat daripada aktiviti menaiki tangga adalah aktiviti ini mudah secara sambilan di samping kegiatan sehari-hari sama ada diselang seli kegiatan berat mahupun ringan. Selain itu, menaiki tangga juga tidak memerlukan alat tambahan dan ia dapat dilakukan bila-bila masa sahaja. Oleh itu, janganlah berasa malas ataupun malu untuk melakukannya.
Dalam kajian yang dilakukan, sebanyak lapan orang responden wanita diminta menjalani program selama lapan minggu dengan menaiki sebanyak 189 anak tangga dua kali sehari, selama lima hari seminggu. Mereka juga diminta dapat menaiki 90 anak tangga dalam masa seminit.
Hasilnya menunjukkan, kecergasan dan kesegaran dan kesegaran para responden meningkat sebanyak 17 peratus dan kadar kolesterol LDLnya berkurang sehingga 8 peratus. Di akhir ujian para responden mula terbiasa dengan aktiviti menaiki tangga sebanyak lima kali sehari dan aktiviti tersebut sebenarnya setanding dengan latihan berat selama 10 minit. Menurut Dr. Boreham lagi, kadar intensitinya yang tinggi membuatkan setiap responden dapat menyesuaikan diri dengan menaiki tangga dengan kegiatan sehari-hari.
No comments:
Post a Comment