KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday 15 July 2013

Masalah Yang Sering Timbul Dalam Pantang Bersalin



Semasa dalam pantang, ibu terdedah kepada pelbagai masalah, terutamanya apabila penjagaan diri tidak dilaksanakan dengan betul, khususnya yang melibatkan perut, payudara dan merian. Setiap masalah ini harus ditangani dengan teliti agar derita ibu yang menghidapinya tidak berlarutan sehingga tidak dapat dirawat lagi.


Masalah Bentan Urat

Mengikut kefahaman Melayu, bentan urat merujuk kepada keadaan badan yang terasa lemah seperti demam, serta bisa urat dan sendi. Bentan urat mudah menyerang sesiapa yang terlebih bersenam atau menggunakan tenaga secara berlebihan sehingga jatuh sakit atau demam.

Dalam pantang bersalin, demam bentan urat berlaku apabila ibu tiba-tiba berasa seram sejuk, naik suhu badan atau mengiggil. Lazimnya bentan urat berlaku apabila seluruh urat sendi serta otot badan tegang dan kekejangan. Bentan urat lazimnya berkait rapat dengan masalah bentan urat peranak dan bentan urat besar.

Dalam keadaan ini, pakar urut perbidanan tidak akan mengurut pesakit kerana rawatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, rawatan yang dilakukan ialah bertangas wap herba dan mandian minyak urat. Pesakit akan dilumurkan dengan minyak urat ke seluruh badan sebelum diberi rawatan bertuam batu panas sehingga badan dapat memecahkan peluh.


Bentan Urat Peranak

Masalah bentan yang paling biasa dihadapi oleh ibu bersalin adalah pada urat peranak atau urat buluh peranak yang datangnya dari urat besar pembuluh jantung. Urat besar ini menghala ke bahagian ari-ari dan cawan paha sehingga ke ibu jari kaki. Oleh sebab itulah petua Melayu melarang ibu bersalin bergerak kasar kerana bimbang terjadi perkara tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranak dan berlaku turun darah.

Apabila keadaan ini berlaku, ibu dinasihatkan berbaring dengan secepat mungkin di atas lantai tanpa bantal di kepala dan alas punggung dengan dua biji bantal. Satu cara lagi, ibu tersebut juga boleh menyandarkan kedua-dua kakinya pada dinding kerana posisi ini dapat mengurangkan pengaliran keluar darah.


Bentan Urat Besar

Urat besar ialah urat buluh peranak yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Setiap kali selepas bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan, ketegangan urat besar akan dirasai, yang mana permulaannya ibu akan terasa lenguh atau sakit di bahagian cawan muka. Jika dibiarkan, urat yang tegang itu akan mengganggu cara ibu berjalan dengan betul kerana sakitnya akan terasa ke tumit sehingga jika keadaannya teruk menyentap urat. Apabila tersentap urat, seseorang itu akan berjalan capik seumur hidup. Masalah ini sukar dipulihkan, malahan sekiranya dilakukan pembedahan sekalipun, hasilnya tidak terjamin.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...