KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Susu Ibu Dan Bayi



Susu ibu adalah makanan paling baik bagi bayi. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir hingga 6 bulan pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat. Oleh itu adalah penting bagi semua ibu mengetahui bagaimana, sekerap mana ibu-ibu sepatutnya menyusukan bayi mereka bagi penyusuan ibu yang berjaya. Dengan ini mereka dapat memahami kepentingan penyusuan ibu sepenuhnya bagi 6 bulan yang pertama.


1. Amalan Penyusuan Ibu Yang Disyorkan

Bayi hendaklah diberi penyusuan ibu sepenuhnya (eksklusif) dari lahir hingga 6 bulan pertama

Tiada susu formula diberikan kepada bayi sebelum 6 bulan pertama

Penyusuan ibu hendaklah diteruskan sehingga 2 tahun atau lebih dengan penambahan bahan makanan lain


Penyusuan Ibu Sepenuhnya (Eksklusif) bermaksud:

Tiada bahan minuman atau makanan lain yang diberikan kepada bayi selain dari susu ibunya sebelum 6 bulan pertama

Tiada puting atau 'pacifier' diberikan kepada bayi yang sedang menyusu ibunya

Makanan tambahan hanya perlu diberikan selepas bayi berumur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik


Perkara-Perkara Yang Boleh Mengganggu Penyusuan Ibu Sepenuhnya 6 Bulan Pertama:

Bayi diberi bahan minuman atau makanan lain selain dari susu ibu sebelum 6 bulan pertama

Bayi yang sedang menyusu ibu diberi puting susu atau pacifier

Jumlah penyusuan ibu dihadkan

Tempoh atau lamanya penyusuan ibu dihadkan


2. Kebaikan Susu Ibu Berbanding Dengan Susu Formula

Susu ibu adalah khas untuk bayinya sahaja. Susu ibu penting bagi mengelakkan dari pelbagai jangkitan virus, bakteria, jangkitan paru-paru dan cirit-birit. Selepas bayi berumur satu bulan risiko terhadap jangkitan gram negative bakteria adalah tinggi kerana paras antibodi dari ibunya (plasenta) sudah mula berkurangan. Semua susu ibu adalah tidak serupa kandungannya. Susu ibu mengalami perubahan dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Pemberian air kepada bayi boleh mengurangkan khasiat susu ibu.


3. Kolostrum

Kolostrum atau Susu Awal Ibu mula dihasilkan dari 7 bulan kehamilan. Keadaan pekat berwarna jernih kekuningan. Ia membantu kesihatan bayi yang tidak terdapat dalam susu formula iaitu antibodi yang tinggi jumlahnya. Jumlah kolostrum yang dihasilkan adalah sedikit 20 - 30 ml setiap susuan. Ia adalah makanan bayi pertama yang amat sesuai sekali.


Kandungan Kolostrum Berbanding Dengan Susu Matang:

Tinggi protein, Vitamin Larut Lemak (ADEK) Zink dan Sodium

Rendah Laktos (4%), lemak dan Vitamin Larut Air (Vitamin B Complek dan Vitamin C)

Tinggi Vitamin K, penting bagi mengelakkan HDN (Haemorrhagic Disease of Newborn)

Immunoglobulin (SIgA) yang tinggi

Immunisasi Pasif yang pertama kepada bayi. (Pasif Immuniti kepada bayi)

Kolostrum adalah pencahar 'laxative'. Ia menggalakkan pembuangan mekonium. Ini mengelakkan bayi dari Jaundis Neonat(Neonatal Jaundice)

Mempunyai faktor "Bifidus" bagi menggalakkan pembiakan koloni "Laktobacillus Bifidus". Koloni bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan koloni patogen E.Coli

Mempunyai enzim Lipase, laktase, lysozyme dalam keadaan aktif

Mempunyai anti-oksidant, Beta kerotene (penting bagi pembiakan sel)


4. Susu Ibu Pramatang

Proses sintesis susu ibu adalah satu proses yang kompleks. Proses sintesis susu ibu bermula pada awal penghamilan dan proses ini sempurna selepas 16 minggu kehamilan. Susu peringkat awal ini dinamakan susu ibu pramatang.


Kandungan Susu Ibu Pramatang berbanding dengan Susu Ibu Matang:

Tinggi protein, Immunoglobulin SIgA, Laktoferrin
Rendah Laktos


5. Susu Ibu Matang

Kolostrum berubah kepada susu matang selepas 2 minggu kelahiran. Susu ibu dari 3 hari hingga 2 minggu ini dinamakan susu peralihan. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa, dari sehari ke sehari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Beban Osmolariti susu ibu adalah sama dengan plasma. Beban osmolar ini adalah rendah terhadap buah pinggang. Susu ibu matang mudah dihadamkan iaitu dalam masa 1 1/2 jam berbanding dengan susu formula yang lebih lama (4 jam).


6. Kandungan Susu Matang


PROTEIN:

Protein susu ibu adalah paling rendah di kalangan mamalia

Kandungan protein dalam susu ibu adalah sempurna dan sesuai bagi tumbesaran bayi

Kebanyakan susu formula tidak mempunyai protein yang seimbang

Kandungan protein susu ibu tidak dipengaruhi oleh jenis pemakanan yang diambil oleh ibu

Protein susu ibu mudah dihadamkan dan diserap dengan baik berbanding dengan susu formula

Kandungan Whey :Casein :80 :20 memudahkan penyerapan

Lain-laiin protein susu ibu - Taurine baik bagi perkembangan otak


LEMAK:

Lemak adalah punca tenaga utama bagi bayi

Kandungan lemak susu ibu boleh dipengaruhi oleh diet pemakanan ibu

Lemak susu ibu mengandungi 'Long-chain fatty acid' baik bagi perkembangan otak

Kandungan lemak yang rendah pada awal susuan dinamakan "Foremilk" tetapi kandungannya menjadi tinggi pada akhir susuan "Hindmilk"

Susu ibu mengalami variasi "Circadian" iaitu perubahan kandungan lemak yang tinggi pada akhir pagi dan tengahari.

Enzim lipase membantu penghazaman lemak hanya terdapat dalam susu ibu.


LAKTOS:

Laktos adalah sumber karbohidrat dan tenaga yang utama.

Laktos memberi keperluan tenaga sebanyak 40%

Kandungan laktos dalam susu ibu mengalami perubahan pada peringkat awal (kolostrum hanya mempunyai 4% laktos) dan bertambah dalam susu matang (7%)

Laktos intolerance jarang berlaku pada bayi

Enzim laktase menggalakkan koloni "Laktobacillus" dengan kehadiran "Bifidus Factor" dan laktoferrin bagi mencegah pembiakan koloni pathogen E.Coli

Galatose pula adalah sumber asas Galaktolipid iaiti satu bahan penting bagi pertumbuhan otak bayi


ZAT BESI:

Zat besi dalam susu ibu mudah diserap dan dihazamkan (70%) berbanding dengan susu lembu (30%). Ini adalah kerana susu ibu mempunyai "bioviliti" yang tinggi dan mudah diserap dengan baik

Anaemia disebabkan kekurangan zat besi dikalangan bayi yang menyusu ibu sepenuhnya 6 bulan pertama jarang berlaku.


LAIN - LAIN ZAT:

Vitamin Larut Air (Vitamin B Complex dan Vitamin C) adalah dalam kadar yang mencukupi

Vitamin K tinggi dalam kolostrum membantu mencegah Haemorrhagis Disease of Newborn)

Kalsum: Phosphorus (2:1) memudahkan penyerapan kalsium

70% kandungan susu adalah air. Bayi sudah mencukupi air dalam susu. Ia tidak memerlukan sebarang air tambahan.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...