KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Info Penyusuan



Tahukah Ibu?

Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih. Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.

Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (igA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.

Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.

Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!

Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.

Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.

Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).

Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.


Penghasilan Susu

Payudara adalah seperti kilang, boleh menghasil dan menyimpan susu sepanjang masa tanpa berhenti-henti

Semasa hamil, payudara ibu akan berubah bagi menyesuaikan si ibu untuk menyusu bayi yang akan lahir.

Diperingkat akhir kehamilan, payudara ibu akan menghasilkan sejenis cecair yang berwarna kuning iaitu kolostrum (Susu Awal Ibu)

Cecair ini amat mustahak kepada bayi yang baru lahir

Mengandungi banyak protein dan daya penahan (antibodi)

Menolong bayi mengeluarkan mekonium (Najis Berwarna hijau kehitaman)

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...