KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday, 9 July 2013

Soalan Berkaitan Kehamilan



Pemakanan

Mengapa saya perlu makan secara sihat semasa hamil?

Anda perlu amalkan pemakanan sihat untuk:

memastikan perkembangan bayi yang sihat

mengekalkan kesihatan ibu

memenuhi keperluan nutrein dan memastikan pertambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil.


Jenis makanan macamana yang berkhasiat untuk saya?

Anda perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan semasa hamil.

Berapa kerap saya perlu makan dalam sehari dan jumlah makanan yang perlu diambil?

Anda perlu makan pada setiap kali waktu dengan mengambil makanan yang seimbang.

Ada tak makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrein seperti:

Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
Vitamin A (hati, susu, telur)
Vitamin B Kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
Vitamin C (jambu, betik dan limau)
Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati, kacang)

Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan).

Ada tak makanan yang perlu saya elak semasa hamil?

Anda perlu elakkan makanan seperti berikut:

Makanan mentah seperti sushi
Daging mentah atau separa mentah
Makanan yang tercemar dengan merkuri
Makanan beralkohol
Makanan herba
Minuman kafein

Boleh ke saya amalkan atau elakkan makanan mengikut kepercayaan adat resam?

Boleh, tetapi jangan sampai membahayakan kesihatan anda dan bayi.

Pemakanan amat penting dan perlu di jaga oleh ibu bagi menjamin kesihatan bayi dalam kandungan.

Contoh Diet yang disyorkan:

Nasi – 1 ½ hingga 2 cawan 3 x sehari

Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti sawi, pucuk paku, pucuk Manis

Pelbagai sumber protein seperti daging, ikan, ayam, telur dan hasil laut.

Lebihkan pengambilan air masak ( 6 – 8 gelas sehari)

Jika lapar di antara waktu malam anda boleh mengambil snek seperti susu skim/rendah lemak bersama biskut krakers ( 3 – 6 keping @ Roti 1 @ 2 keping).

Sumber makanan yang Kaya dengan zat besi:

Daging, telur, ikan dan makanan laut:

Hati lembu, hati ayam, peparu, ikan cencaru, kuning telur

Sayur-sayuran:

Pucuk paku, pucuk keledek, kacang buncis, bayam merah, Ubi kentang, ubi keledek.

Bijirin, kacang dan kekacang:

Beras perang, Kacang kuda, kacang hijau dan merah, kacang soya

Buah-buahan:

Buah-buahan kering seperti prun, kismis dan kurma.

Cuba tingkatkan Penyerapan Zat Besi dengan cara berikut:

Lebihkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan penyerapan zat besi dalam menu harian.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti jambu batu, limau, betik, kentang, ubi keledek, Jus buah-buahan.

Pencecah seperti air asam jawa, sambal mangga atau tomato atau hirisan limau.


Pakaian

Jenis pakaian dan kasut yang macamana sesuai untuk saya semasa hamil?

Pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai untuk anda semasa hamil. Pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan pastikan tapak kasut yang mencengkam.

Pakai kasut yang bertumit kurang 1” sebagai langkah keselamatan sepanjang tempoh kehamilan. Bagi mengelakkan anda jatuh.


Ubat-Ubatan

Boleh ke semua ubat saya ambil semasa hamil?

Tidak semua ubat anda boleh ambil semasa hamil. Anda perlu rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

Dapatkan nasihat doktor atau kakitangan kesihatan sebelum mengambil sebarang ubatan semasa kehamilan.

Ada tak vitamin yang bagus untuk saya ambil semasa hamil?

Memang ada seperti:

asid folik
zat besi
B complex
vitamin C


Rehat

Perlu ke saya rehat secukupnya?

Ya, anda perlu rehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Waktu rehat yang disarankan: sebelum zohor

Rancang aktiviti harian anda supaya anda dapat rehat di antaranya. Contoh buat kerja selama 2 jam dan rehat ½ jam.

Tidur sekurang-kurangnya 8 jam. Jika anda mengalami gangguan tidur perbanyakkan bacaan quran, solat sunat atau minum segelas susu suam.


Kebersihan Diri

Perlu ke saya jaga kebersihan diri?

Anda perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan. Khususnya kebersihan di bahagian sulit.

Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas @ cotton.


Penjagaan Payudara

Kenapa saya perlu menjaga payudara?

Anda perlu menjaga payudara sebagai persediaan untuk menyusu bayi anda kelak.


Macamana saya nak jaga payudara?

Cara terbaik untuk menjaga ialah mencuci puting payudara dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa.

Pakai bra yang sesuai untuk memberi keselesaan pada payudara anda yang membesar.


Penjagaan Emosi

Kenapa saya perlu jaga emosi saya?

Ini betujuan supaya tidak menjejaskan kesihatan diri anda dan bayi.


Macamana saya nak jaga emosi saya semasa hamil?

Anda perlu sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca. Bagi orang Islam, tunaikan solat lima waktu dan banyakkan berdoa.

Perbanyakkan bacaan quran, doa dan sembahyang sunat hajat dan tahajjud.Insyaallah akan memberi anda ketenangan dan kemudahan dalam melakukan urusan.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...