KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 9 July 2013

Pemakanan Seimbang Untuk Suami



Suami harus mengamalkan pengambilan diet sihat dan seimbang. Ini untuk memastikan tahap kesuburan dan kualiti sperma yang berkualiti dapat dihasilkan. Diet sihat dan seimbang akan membekalkan rangkaian pemakanan lengkap yang sangat penting untuk menghasilkan cahaya mata yang sihat. Antara pemakanan diet yang harus dilakukan oleh suami ialah :


Sumber Protein

Sumber ini boleh diperolehi daripada makanan laut, ikan, tauhu, susu, telur dan juga daging. Disarankan mengambil sumber protein 2 hingga 3 hidangan dalam sehari. Sumber protein penting untuk penghasilan hormon , pemulihan tisu, ketahanan badan, sel darah merah dan pelbagai lagi.


Vitamin C

Sumber ini boleh diperolehi daripada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Disarankan mengambil Vitamin C sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Vitamin C dapat meningkatkan imun dalam tubuh. Kekurangan Vitamin C dan antioksida lain mengakibatkan kualiti sperma yang dihasilkan tidak berkualiti, tidak aktif serta mudah rosak.


Kalsium Dan Vitamin D

Kalsium boleh diperolehi daripada sumber tenusu. Manakala Vitamin D yang mudah diperolehi adalah cahaya matahari. Kalsium dan Vitamin D mampu meningkatkan tahap kesuburan.


Zat Besi

Zat Besi boleh diperolehi daripada daging, kuning telur, bijirin dan makanan laut. Anda disarankan mengambilnya dalam kuantiti sederhana kerana sumber zat besi kaya dengan kolesterol. Pengambilan adalah bersifat sementara iaitu ketika anda merancang untuk mendapatkan cahaya mata.


Zink

Makanan yang mengandungi zink adalah seperti tiram, daging merah, kekacang, makanan laut dan strawberi. Zink dapat membantu meningkatkan paras testosterone dan jumlah semen lelaki. Fungsi zink adalah menghasilkan sperma yang sihat. Keperluan zink harian adalah 11mg.


Kopi

Ia dikatakan mampu meingkatkan keaktifan sperma. Namun pengambilan secara berlebihan adalah ditegah. Hadkan pengambilan 1-2 cawan sehari.


Ketahui Perkara Yang Menjejaskan Kualiti Sperma

1.     Minum alkohol berlebihan.
2.     Minum kopi secara berlebihan. Disaran hadkan kepada 1-2 cawan sehari.
3.     Merokok
4.     Terdedah kepada bahan kimia dan radiasi.
5.     Kerap mandi air panas atau bersauna.
6.     Suka memakai pakaian ketat (seluar dan seluar dalam)

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...