KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 31 July 2013

Performance Drink Berperisa Oren Shaklee


Minuman Hebat Untuk Seisi Keluarga

Aidilfitri kini tiba lagi. Kehadirannya, bakal menerbitkan rasa gembira dan bahagia yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Maka tidak mustahil pelbagai aktiviti direncanakan bagi menjadikan sambutan hari lebaran satu momen indah yang sukar untuk dilupakan.

Selain sibuk memandu sepanjang hari ketika kunjung-mengunjungi rumah sanak-saudara, sahabat handai di Hari Raya ini, anda juga mungkin akan mengatur aktiviti beriadah bersama keluarga. Tidak kira di pusat peranginan terkemuka dalam dan luar negara atau sekadar menjalankan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Memastikan semua hasrat yang diaturkan itu tercapai, sudah pasti anda memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melaksanakannya. Jika tidak, kelesuan akan membatasi segalanya. Jadi, jangan biarkan perkara ini memusnahkan kegembiraan anda sekeluarga.

Bagi membagkitkan tenaga yang optimum di Hari Raya ini, dapatkan Performance Shaklee Berperisa Oren yang cukup luar biasa. Minuman penambah tenaga hebat ini menjadikan tubuh kekal bertenaga biarpun sudah seharian melakukan pelbagai aktiviti.
Mencungkil rahsia keistimewaan minuman terbukti secara klinikal dan lebih baik berbanding air biasa ini, ia direka khas dengan campuran elektrolit iaitu OPTI-LYTETM proprietari. Panduan hebat ini menghasilkan gabungan unik karbohidrat yang dapat menyalurkan tenaga segera pada tubuh. Selain itu, ia bertindak memerangkap komposisi air di dalam tubuh untuk berada pada tahap hidrasi optimum. Maka, sesiapa sahaja yang mengambil Performance Shaklee berperisa oren tidak pernah berasa letih!
Malah minuman perangsang tenaga ini juga membuatkan tubuh anda sentiasa berada dalam keadaan cergas, tidak terhidrat dan sentiasa kelihatan awet muda kekal bertenaga sepanjang hari. Justeru, apa kata rasai sendiri minuman tenaga ini.
Untuk maklumat lanjut, layari website www.bisnesmama.com untuk dapatkan keterangan lanjut.

Testimoni 1

Wanita 55 Tahun Sahut Cabaran Flying Fox

Seorang wanita lasak berusia 55 tahun jujur mengakui dirinya sangat teruja kali pertama menggunakan Performance Shaklee berperisa oren. Peserta Get Fit & Fun yang dianjurkan oleh majalah iSihat bersama Shaklee itu menambah, biarpun melakukan flying fox dan laluan berhalangan, tubuhnya tidak berasa letih jauh sekali tercungap-cungap semasa menyelesaikan sukan lasak tersebut. Semenjak itu, wanita ini merasakan dirinya berpeluang menjalani aktiviti lasak walaupun berusia emas.

Testimoni 2

Berkayuh 250 km Tanpa Henti

Subramaniam Kumarasamy, 40, merupakan atlet sukan traitlon dan marathon bertaraf antarabangsa. Pernah terlibat Jelajah Amal Berbasikal 1 Malaysia 2012, lelaki hebat ini mencatat rekod berkayuh sejauh 250 km tanpa henti. Itupun setelah mengambil Performance Shaklee berperisa oren. Lebih membanggakan sepanjang menyertai jelajah amal berkenaan, beliau tidak pernah sekalipun mengalami kekejangan otot dan kekal bertenaga. Justeru, tidak mustahil kesan pengambilan air penambah tenaga ini, Subramaniam berjaya membuat kayuhan sejauh 1,185 km dalam masa enam hari sahaja!
Pencapaian ini sungguh membanggakan jika dibandingkan dengan rekodnya dalam aktiviti berbasikal Jelajah Johor 2011 lalu. Tanpa Performance Shaklee berperisa oren, beliau hanya mampu berkayuh sejauh 125 km sahaja. Atas kehebatan menakjubkan ini Subramaniam begitu yakin dengan Performance Shaklee berperisa oren dan akan terus menggunakannya pada masa akan datang.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...