KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 31 July 2013

Coq10 Health Shaklee Bekal Tenaga Untuk Jantung


Coenzyme Q10

Ambil sebiji bola tenis dan cuba genggam kuat-kuat. Lakukan sebanyak 70 kali dalam tempoh seminit. Jika anda lakukannya pada kadar yang sama selama 24 jam, anda telah memicit bola tersebut lebih 1,000 kali!

Apa yang terjadi kepada tangan anda? Yang pasti anda, tidak mampu melakukannya selepas beberapa kali. Namun itulah yang dilalui oleh jantung anda setiap saat tanpa mengira siang atau malam. Jantung merupakan "mesin" paling menakjubkan pernah dicipta!

Bagaimanapun faktor seperti diet tidak seimbang dan pendedahan terhadap radikal bebas menjadi cabaran utama dalam penjagaan kesihatan jantung sama ada bagi rakyat di negara ini dan seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok!

Selain itu, seiring peningkatan usia, jantung kita secara mendadak mengalami kekurangan tenaga. Kekurangan tenaga mengakibatkannya tidak mampu mengepam darah dengan cekap. Sekiranya sel-sel dan organ-organ tidak memperoleh oksigen dan nutrien dengan cukup, kejadian pertama yang akan berlaku ialah anda berasa letih dan tidak bermaya.

Di situlah bermula episod di mana seseorang itu akan jatuh sakit! Menerusi kajian, kekurangan ko-enzim yang dinamakan CoQ10 sememangnya memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular. Hasil beberapa kajian menunjukkan kegagalan jantung kongesif juga adalah disebabkan kekurangan CoQ10.

Kebanyakkan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.

1 kapsul = 28 cawan brokoli.

Suplemen CoQ10 dikatakan amat penting untuk melindungi kesihatan jantung. Walaupun ia boleh didapati secara semulajadi dalam banyak makanan seperti daging lembu dan sayuran, jumlahnya dalam makanan sangat kecil.

Berbeza dengan kapsul ini, ia mengandungi campuran 28 g CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. Untuk mendapatkan jumlah yang setara, kita perlu mengambil hampir 1.7 kg ayam ataupun 28 cawan brokoli setiap hari! Sesuatu yang pastinya sukar untuk dilakukan!

Diet harian yang terjaga mampu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun berdasarkan kajian, ramai di kalangan kita yang mengambil kurang daripada 10 mg sehari. Tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi pada usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun dikatakan jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah yang pernah dihasilkan pada usia 20 tahun.

Oleh kerana ramai orang selepas 40 tahun mempunyai paras CoQ10 yang rendah, maka mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai suatu perlaburan kesihatan yang amat berharga untuk mencapai penuaan yang optimum.

Ia adalah nutrien larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja keras seperti jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.

Ia bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak daripada makanan, dan CoQ10 diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekali gus memperbaiki aliran darah. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah.

Manfaat CoQ10

Untuk Kesihatan Jantung

Rawatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular, termasuk arterosklerosis (arteri tersumbat). Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan otot jantung. Tekanan darah pada pesakit dengan tekanan darah tinggi.


Untuk Kanser

Doktor telah menggunakan CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi.


Penyakit Gusi

CoQ10 juga telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk merawat gejala distrofi otot dan penyakit gusi.


Kesihatan Mental

Kajian makmal menunjukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada CoQ10 tambahan.


Rawatan Obesiti

Kajian menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik.


Kesuburan

CoQ10 turut dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...