KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday, 15 July 2013

11 Langkah Penjagaan Selepas Episiotomi



Luka episiotomi perlu dijaga dengan sempurna bagi menggalakkan proses penyembuhan, menghindari jangkitan kuman dan mengelakkan jahitan terbuka. Ikuti panduan dibawah bagi memastikan luka anda pulih dengan baik.


Gunakan Pad Ais

Sebaik sahaja melahirkan bayi, anda boleh meletakkan pad ais pada bahagian jahitan episiotomi. Langkah ini bukan sahaja dapat mengalakkan luka untuk cepat sembuh malah lebih daripada itu dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Sebaik-baiknya letak pad ais tersebut pada bahagian jahitan untuk lebih kurang 10 minit, tiga hingga empat jam sekali.


Jangan Terlalu lama Duduk Atau Baring

Tekanan akibat terlalu baring atau duduk akan menyukarkan proses pemulihan. Jadi gunakan pelampung berenang yang berbentuk bulat untuk megelakkan diri anda daripada berterusan memberi tekanan kepada jahitan.


Lakukaun Pergerakan

Adalah penting untuk anda melakukan sedikit pergerakan seperti berjalan perlahan-lahan bagi mengalakkan peredaran darah ke bahagian luka jahitan. Selain itu, ia juga baik untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius seperti jahitan terbuka.


Pastikan Perineum Bersih

Darah nifas dan aor kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian yang dijahit. Jadi pastikan kawasan itu sentiasa bersih dengan mencucinya menggunakan air biasa. Lebih baik lagi, jika anda menggunakan cecair pembasmi kuman yang lazimnya dibekalkan oleh doktor.


Kurangkan Tegangan

Semasa membuang air besar, tekan dengan lembut bahagian episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan jahitan daripada terbuka.


Sentiasa Keringkan Jahitan

Mengeringkan kawasan jahitan menggalakkan proses pemulihan yang cepat. Setiap kali selepas membuang air atau mencuci darah nifas, anda boleh menggunakan pengering rambut jika mahu mengeringkannya. Sementara itu, sekali sekala anda digalakkan untuk mendedahkan bahagian jahitan episiotomi.


Amalkan Sitz Bath

Langkah ini bolehanda lakukan dengan merendam punggung di dalam besen berisi air garam yang suam. Ia dapat mengurangkan sakit dan membersihkan luka jahitan dan bahagian dalaman faraj juga.


Lakukan Senaman Kegel

Buat senaman Kegel atau lantai pelvik secara rutin. Ia terbukti dapat membantu luka jahitan cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke faraj. Jika dilakukan dengan teknik betul, anda pasti dapat melihat perubahannya.


Minum Air Secukupnya

Selepas satu hingga tiga hari bersalin, tubuh secara semulajadi akan membuang lebihan air yang terkumpul semasa hamil. Hal ini akan membuatkan tubuh kekurangan air secara mendadak sehingga menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu ibu.  Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh. Tambahan pula sembelit yang mungkin dialami akan menyebabkan kesakitan yang lebih ketara pada bahagian jahitan.


Elakkan Sembelit

Pastikan anda minum air secukupnya yang baik untuk melancarkan perjalanan usus. Selain itu, banyakkan mengambil makanan yang berasaskan serat. Jika mahu, anda boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Ia boleh didapati di farmasi. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.


Gunakan Pil Penahan Sakit

Dalam kes yang lebih teruk, anda mungkin mengalami kesakitan ketika proses pemulihan berlangsung. Bagi mengatasinya, anda boleh mengambil paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan sekiranya terlalu sakit.


Info Asas Episotomi

Perlu anda ketahui dengan lanjut, faraj wanita merupakan suatu rongga yang tertutup dan panjangnya lebih kurang 3 inci. Ia boleh mengembang beberapa kali ganda untuk membenarkan bayi melaluinya tanpa mengalami apa-apa kecederaan.

Bahagian yang lazim ialah permubukaannya kerana di sinilah ia bertembung dengan kulit yang tidak dapat meregang dengan banyak. Apabila meregang sehingga ke tahap paling maksimum, ia akan terkoyak dan luka. Otot-otot di bahagian bawahnya juga akan mengalami hal yang sama. Koyakan ini boleh berlaku di bahagian pembukaan faraj dan boleh menyebabkan luka teruk dan membabitkan bahagian dubur.


Bagi mengelakkan koyakan yang tidak terkawal, episiotomi dilakukan supaya ia terjadi di satu tempat sahaja. Labih daripada itu, ia juga memudahkan bahagian berkenaan dijahit dan dibaiki semula. Bahagian dubur di mana tempat najis dikeluarkan tidak akan terbabit dalam episiotomi. Ia dielakkan agar fungsi utamanya tidak terganggu.

Bagaimanapun jika kepala bayi terlalu besar untuk pembukaan faraj itu, koyakan di kawasan episiotomi itu boleh merebak ke bahagian berkenaan. Biasanya episiotomi dilakukan untuk ibu yang bersalin buat kali pertama kerana kulit perineum masih lagi tegang, kelahiran yang memerlukan alat bantuan kelahiran seperti forseps atau vakum, saiz bayi dianggarkan besar bagi mengelakkan koyakan yang lebih teruk, sejarah kecederaan lantai pelvik, shoulder dystocia (bahu tersangkut), fetal distress (bayi lemas), bayi pramatang, songsang atau tekanan darah terlalu tinggi yang dialami oleh ibu hamil.

Selepas bayi selamat dikeluarkan, episiotomi itu akan dijahit semula seperti keadaan sebelumnya. Untuk makluman, kadang kala ia menimbulkan ketidakselesaan terutamanya bagi para ibu yang pertama kali melaluinya.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...