KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday, 15 July 2013

Pendarahan Semasa Berpantang



Masa nifas berlangsung selama 6 minggu selepas melahirkan anak, masa itu adalah masa penyesuaian kembali kepada keadaan normal. Oleh itu anda mungkin mengalami beberapa keadaan yang kurang menyenangkan kerana perubahan pada tubuh anda.

Ibu yang baru melahirkan mungkin rasa keletihan dan kelesuan. Anda perlukan rehat yang secukupnya. Keletihan adalah disebabkan kerana terpaksa menggunakan sepenuh tenaga ketika melahirkan bayi anda.

Bila anda mengalami sedikit pendarahan ia mungkin terluka sewaktu bersalin atau jahitan yang tidak sempurna, contohnya luka antara dubur dan vagina. Selepas 24 jam melahirkan anak, pendarahan masih boleh berlaku kerana ada sisa-sisa uri yang tertinggal di dalam rahim.

Selepas dua hari anda melahirkan perut anda sakit kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan sisa-sisa darah dari uri. Ini mungkin pencegahan dari terjadinya pendarahan yang berlebihan.

Anda mungkin sukar untuk membuang air kecil, kerana saluran kencing kejang, otot-otot pundi-pundi kencing menjadi lumpuh atau luka dari akibat kerana anda sukar melahirkan anak. Masalah sukar kencing ini boleh diatasi dengan menggunakan tiup untuk kencing.

Tiga atau empat minggu, selepas melahirkan anak, akan keluar cairan, dari dalam vagina, sama ada dalam darah cair atau dalam gumpalan darah, ini didorong oleh berbagai-bagai sebab, seperti uri yang tertinggal atau ada jangkitan pada rongga punggung.

Lama kelamaan warna itu akan menjadi merah muda dan samar dan akhirnya mengeluarkan lendir warna putih. Rahim mengecut setelah sampai masanya, proses pengecutan rahim ini berlangsung selama lapan minggu.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...