KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 9 July 2013

Pemakanan Seimbang Untuk Isteri



Pemilihan makanan seimbang dan sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat. Amalan pemakanan yang baik menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat serta mengekalkan berat badan yang ideal. Disamping itu, kesuburan juga sering dikaitkan dengan pemakanan yang sihat.

Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan menentukan waktu subur. Bagi mencapai matlamat pemakanan seimbang, anda disarankan makan satu variasi makanan yang membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Jika ingin merancang kehamilan atau sebaik sahaja anda mengetahui anda akan hamil, rancanglah pemakanan yang sihat dan seimbang untuk dibekalkan kepada bayi anda.


Kalsium


Sumber kalsium boleh diperoleh melalui produk tenusu, keju, dadih dan susu. Tapi awas, produk tenusu membekalkan lemak yang tinggi. Sebagai alternatif, anda disarankan memilih produk tenusu yang rendah lemak seperti susu tanpa lemak dan sebagainya. Selain itu, kalsium juga terdapat pada sayuran berdaun hijau dan pelbagai jenis ikan seperti tuna, ikan bilis dan sardin.

Kekurangan kalsium akan meningkatkan risiko osteoporosis. Ini terjadi akibat kekurangan kalsium dalam badan ibu telah digantikan pengambilan kalsium daripada tulang anda. Kekurangan pengambilan kalsium sewaktu hamil juga akan menyebabkan kekejangan otot. Kalsium baik untuk mengatasi tekanan darah tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil.


Vitamin C

Vitamin C membantu anda mengelakkan jangkitan serta baik untuk penyerapan ferum. Zat ini boleh diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana zat makanan ini tidak dapat disimpan di dalam badan. Ini kerana vitamin C mudah hilang apabila dimasak atau disimpan terlalu lama. Oleh itu, pastikan anda makan sumber yang segar agar khasiat yang diperlukan tidak hilang.


Asid Folik

Asid folik amat diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi pada awal minggu kehamilan. Asid folik ialah vitamin B yang penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan tumbesaran perkembangan otak bayi terjejas. Ia penting dalam pembentukan sel darah merah ibu. Pengambilan yang cukup mampu mencegah ibu daripada mengalami anemia sekaligus mengurangkan masalah kelahiran bayi tidak cukup berat badan serta keguguran.

Sayur-sayuran berdaun hijau seperti brokoli, bayam, sawi, kangkung antara sumber yang baik bagi asid folik. Selain itu, buah-buahan segar, susu, bijirin, beras perang, ayam, telur susu, keju, daging kambing, daging lembu, salmon, tuna dan oat juga tergolong dalam sumber asid folik.


Zat Besi

Memakan daging merah merupakan cara yang terbaik untuk memastikan anda mendapatkan bekalan zat besi. Di samping itu, elakkan meminum teh beberapa jam sebelum makan. Ini adalah kerana kandungan yang terdapat di dalam teh akan menyerap kebaikan yang terdapat dalam zat besi.


DHA

Pakar-pakar perubatan menyarankan ibu hamil perlu mengambil DHA. Pengambilan DHA ini amat membantu dalam perkembangan otak bayi, mata dan sel sarafnya. DHA boleh didapati daripada minyak ikan dan telur ikan.


Air

Semasa anda hamil, perubahan hormon dan peningkatan aliran darah dalam badan sering kali membuatkan anda mudah berpeluh. Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi akan mengantikan cecair yang hilang melalui peluh. Air juga mampu menghindarkan masalah buasir yang kerap berlaku semasa kehamilan.

Disarankan minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Minum air berlebihan boleh menimbulkan masalah seperti bengkak kaki. Elakkan minum minuman yang terlalu manis dan berkarbonat. Ini boleh menimbulkan masalah kencing manis kepada ibu hamil. 

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...