Apa yang anda makan
semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan anda kemudian hari. Oleh
itu, anda perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh
berpantang.
Pemakana antara aspek
yang amat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu
diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu kesimbangan hormon dalam
badan anda. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, anda
akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan
dalaman dan luaran anda.
Lazimnya pada awal minggu
pertama, digalakkan makan makanan yang kering untuk tujuan mengecutkan rahim.
Pastikan waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Jika anda
mengambil nasi, makan semasa nasi masih panas dan ambil dalam kadar yang
sederhana.
Jangan mengambil makanan
dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Jika masih lapar, anda boleh makan
secara kerap. Untuk minum petang pula, anda boleh makan biskut tinggi serat
(elakkan mengambil roti kerana kandungan yis yang tidak elok untuk proses
pengecutan rahim).
Apabila memasuki minggu
kedua dan seterusnya, anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti
sup ikan, sup sayur dan buah-buahan supaya anda mendapat khasiat yang seimbang
dalam pemakanan anda.
Semasa dalam pantang juga
makanan yang dilarang makanan adalah bersifat sejuk, berangin, gatal dan
berbisa. Minuman berais tidak dibenarkan. Ini adalah antara amalan pantang larang
yang mesti dialukan semasa berpantang untuk menyembuhkan dan menyegarkan
kembali badan selepas menjalani proses bersalin.
Elakkan Makanan Berlemak
Semasa berpantang
kuantiti dan kualiti makanan yang diambil akan memberi impak besar terhadap
berat badan dan kesihatan anda. Jadi, anda dilarang untuk mengambil makanan
yang boleh menggemukkan sewaktu berpantang. Anda disyorkan mengambil lebih
banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman di samoing masakan yang menggunakan
pelbagai jenis rempah ratus yang terbukti dapat memulihkan kesihatan dan
mengurangkan masalah berat badan yang anda alami ketika ini.
Melancarkan Proses
Penghadaman
Halia dipercayai memiliki
sifat panas dan kering. Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang mengandungi
banyak halia sepanjang berpantang, anda sebenarnya telah membantu diri untuk
memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Atasi Masalah Kemurungan
Salah satu jenis
ulam-ulaman yang terkenal di kalangan ibu berpantang ialah daun pegaga. Daun ini
disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan
menambahkan ingatan. Antara kelabihan lain yang ada pada daun pegaga ialah ia
dapat mengatasi kemurungan yang mungkin timbul disebabkan oleh masalah fizikal
selepas bersalin.
Pembuang Angin
Bagi masyarakat india,
sayur sawi menjadi keutamaan bagi wanita india yang berpantang. Ini kerana
pengambilan sayur sawi bertujuan untuk membuang angin. Sebaik-baiknya sayur ini
dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Penambah Pengeluaran Susu
Pengambilan peria,
pegaga, lobak putih dan cekur manis oleh ibu berpantang dapat mengatasi masalah
kesukaran membuang air besar dan menambah penghasilan susu ibu. Sekiranya kerap
diamalkan ia dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Kecantikan Wajah
Dalam usaha mengekalkan
kesegaran tubuh, makanlah ikan haruan dan tenggiri sebagai makanan tambahan
(boleh dibuat sup). Selain dapat melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia
membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ia terjadi hasil daripada
kandungan asid amino dan lemak yang ada pada kedua-dua jenis ikan ini. Apa yang
lebih menarik ialah daging ikan-ikan ini yang bebas kolesterol akan membuatkan
wajah kelihatan lebih berseri.
Lawas Buang Air Besar
Dengan mencampurkan
perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang, ia dapat
memudahkan anda untuk membuang air besar selain daripada menyegarkan tubuh
anda.
Hindari Kembung
Seelok-eloknya setiap
hidangan dimakan bersama nasi putih yang baru sahaja dimasak. Tujuannya ialah
untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Oleh itu, elakkan
daripada memakan nasi sejuk kerana
dikhuatiri boleh menyebabkan kembung perut.
Minuman Penambah Tenaga
Bagi mengembalikan semula
tenaga tubuh, anda digalakkan untuk minum air rebusan serai (dititik), halia,
kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan meminum air rebusan ini setiap pagi dan
malam, badan anda akan kembali menjadi ringan dan tambah bertenaga.
Caesarean : Kurangkan
Lada Hitam
Tujuan utama penggunaan
lada hitam dalam penyediaan masakan ibu berpantang ialah untuk memanaskan
badan. Namun yang demikian, bagi ibu berpantang yang melahirkan anak secara
ceaserean, anda kurang digalakkan untuk mengambil lada hitam dalam kuantiti yang
banyak.
Anti Oksidan
Terdapat pelbagai jenis
ulaman berkhasiat yang sesuai dimakan semasa berpantang antaranya daun pegaga,
cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daum kesum seta halia.
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin,
termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan untuk menyegarkan dan membuang
toksin dalam badan.
Pengambilan Cecair
Wanita selepas bersalin
tidak dibenarkan mengambil air dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan perut
menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah
longgar serta berair terutama jika minum air sejuk atau air batu. Pengambilan
air dibenarkan secara kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa.
Air penting untuk proses penyembuhan dan mengalakkan pengeluaran susu ibu.
Pemakanan Ikan
Makan ikan segar dan
tidak gatal seperti haruan dan ikan sardin yang segar (bukan dalam tin). Ikan
haruan juga dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman (bersalin
caesarean). Elakkan juga ikan berbisa dan gatal seperti ikan kembung, cencaru,
tongkol, bawal hitam, terubuk dan parang. Kesannya menyebabkan kegatalan,
timbulnya reaksi alahan dan boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu
rahim.
Pengambilan Sayuran Dan
Buahan
Setiap buah-buahan pula,
ia mempunyai khasiat tersendiri antaranya buah oren yang mengandungi banyak
vitamin C yang membantu pemyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan air
besar. Manakala elakkan makan sayuran menjalar, sejuk dan berangin. Antaranya
ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, bayam, kacang panjang, petola,
petai, jering dan terung.
Minuman seperti tebu,
cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, nangka,
cempedak dan pisang nangka, antara minuman jenis yang sejuk dan tajam. Makanan
tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta
lemah sendi.
Kecutkan Rahim
Kunyit yang sering
diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu yang berpantang berupaya mengecutkan
rahim dan mencuci darah. Selain itu, jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40
hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.
No comments:
Post a Comment