KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday, 15 July 2013

Panduan Memilih Bidan Atau Tukang Urut



Jangan terlalu ghairah dengan pelbagai pakej yang ditawarkan semasa mencari tukang urut untuk melengkapkan rawatan berpantang anda. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar tidak tertipu atau terpedaya dengan tawaran yang dijanjikan.

Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya.

Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.

Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.

Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengurangkan caj kos pengangkutan.

Pastikan pakej yang diambil di salon adalah telus iaitu tiada kos tersembunyi. Apa yang ditawarkan mesti dimasukkan dalam bil.

Bagi yang muslim digalakkan mengambil bidan beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat.

Untuk mengelakkan daripada ditipu, jangan mudah membayar deposit pakej yang diambil sebelum pertemuan dilakukan.

Jika memilih pakej salon, pastikan salon terbabit dikenali dan anda mengetahui lokasinya.

Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.


Info:

Seeloknya jamu diambil selepas 14 hari tempoh bersalin, ini bertujuan untuk memberi bayi pulih dari kuning sepenuhnya.

Sebenarnya rahim ibu boleh naik kembali secara semulajadi selepas tujuh hari bersalin. Amalan sengkak rahim untuk menaikkan peranakan hanya boleh dilakukan selepas tempoh tiga minggu bersalin.

Selepas 44 hari berpantang, ibu tetap digalakkan berurut dan bertungku sebulan sekali.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...