Mengikut petua Melayu, mandian bersalin mesti
dilaksanakan sebagai rawatan semasa dalam pantang. Bukan sahaja untuk
menyegarkan badan, tetapi dengan persediaan oleh bidan yang mahir, mandian
tersebut juga merupakan sejenis rawatan perubatan bagi ibu. Kebanyakan ibu
bersalin mengalami perasaan gementar, gelisah, rimas, risau, lemah semangat
atau yang lebih serius tekanan jiwa. Ibu yang sedemikian berada dalam keadaan
lemah dan mudah diganggu oleh makhluk halus. Jika dibiarkan tanpa rawatan pulih
semangat, mereka akan dihinggapi penyakit tekanan jiwa (merian atau meroyan),
tekanan darah tinggi atau rendah, susah tidur (insomnia), mudah mengalami mimpi
ngeri, murung, sakit kepala, suka bersendirian, dingin dan mudah terperanjat
sehingga melatah serta pelupa. Oleh itu, mandian ibu bersalin perlu ditekankan
sebagai suatu syarat rawatan penting dalam pantang, yang lazimnya dilakukan
selepas rawatan berurut, betuam dan bertungku.
Atur Cara Mandian
Dalam melaksanakan proses mandian, terdapat rawatan lulur yang dilakukan sebelum ataupun selepas mandi. Ibu boleh membuat pilihan yang sesuai mengikut keadaan. Selepas bertuam, teruskan mandian ke seluruh badan ibu secara perlahan-lahan supaya air rebusan herba meresapi liang roma. Di samping itu, lakukan cucian atau cebokan di bahagian alat sulit.
No comments:
Post a Comment