KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday 15 July 2013

Jangan Biarkan Angin Masuk Badan



Kita sering mendengar pesanan daripada orang tua-tua terhadap si anak yang baru melahirkan anak agar berpantang supaya angin tidak masuk ke badan. Benarkah angin boleh masuk ke dalam badan ibu selepas bersalin? Umum sedia maklum mengenai kebaikan mengamalkan berpantang untuk mencegah atau mengurangkan angin dalam badan.

Mengikut definisi istilah, angin dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem gastrointestinal yang mengandungi gas tidak berbau. Kira-kira 99 peratus gas buangan dari usus dan gas tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur. Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin badan disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.

Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik. Bagi seseorang yang mempunyai angin dalam badan yang banyak, pasti merasa tidak selesa dan sakit-sakit seluruh tubuh badan.


Stoking Elakkan Angin

Melahirkan anak merupakan proses yang melibatkan kerahan semua tenaga dari tubuh seorang wanita. Segala urat-urat badan bagaikan terputus semasa mengeluarkan bayi dari dalam rahim. Tenaga yang hilang perlu dikembalikan semula. Urat-urat yang mengembang perlu diperbetulkan kerana jika tidak angin mudah ke dalam tubuh ibu. Hasilnya ibu merasai kesakitan di seluruh badan.

Antara kesan buruk apabila angin masuk satu badan iaitu emosi ibu terganggu dan sakit seluruh badan terasa seperti dicucuk dan pedih. Tidak hairanlah ibu berpantang sangat disarankan memakai pakaian yang menutup seluruh badan serta bersarung kaki sepanjang masa. Semuanya untuk mengelakkan angin daripada masuk ke dalam badan.

Angin dikatakan boleh masuk mengikut ibu jari kaki ibu yang tidak berstoking. Akibatnya kaki ibu akan berasa sejuk dan tajam tatkala memijak lantai. Jangan pandang remeh soal ini kerana ia boleh menyebabkan ibu bentan. Dalam perubatan tradisional, bentan bermaksud berbalik sakit. Ertinya, jika seseorang itu sakit tetapi tidak menjalani rawatan yang betul atau melanggar pantang, orang itu akan mendapat bentan.


Khasiat Pakai Param

Antara amalan berpantang termasuklah memakai param seluruh badan. Param atau pemanas badan bagus untuk mengembalikan seri wajah dan kesihatan dalaman tubuh. Param berbentuk serbuk campuran daripada beras, cekur, cengkih, kayu manis, dan lain-lain herba. Ia dibancuh dan kemudian dilumur pada seluruh bahagian tubuh.

Wanita yang baru lepas bersalin tidak boleh sejuk. Oleh itu, param membantu untuk mengembalikan semula suhu tubuh. Param juga bertujuan untuk:

Menghangatkan tubuh dan memperbaiki peredaran darah dalam badan.

Mengurangkan aliran air ke dalam badan.

Melegakan otot-otot yang keletihan.

Menguatkan tisu-tisu dalaman tubuh.

Membuang angin yang berlebihan.

Melegakan masalah kulit dan mencantikkan kulit.

Angin boleh masuk menerusi liang roma badan ibu dengan mudah jika tidak dilindungi dengan sapuan herba yang hangat. Ibu perlu mengelakkan daripada terlalu lama terdedah dalam bilik yang sentiasa dipasang penghawa dingin atau kipas angin.

Tahukah Anda?

Pati air halia boleh disediakan pada minggu ke36 hingga 38 kehamilan.

Air halia bagus untuk mengurangkan angin dan menghangatkan badan. Ibu berpantang disarankan minum tiga cawan air halia sehari.

Jangan minum terlalu banyak air halia kerana boleh menyebabkan badan terlalu panas seterusnya memberi kesan kepada susu badan dan bayi yang menyusu.


Air Halia

Bahan-Bahan:

Halia sebesar tapak tangan, 2.5 liter air, gula kabung secukup rasa, 2 biji bunga cengkih, sehelai daun pandan jika suka.

Cara Membuat:

Ketuk halia dan rebus sampai menggelegak.

Kecilkan api, renehkan rebusan sehingga menjadi satu liter air sahaja. Selepas sejuk, simpan pati di dalam botol. Tuang sedikit pati dan dicampurkan dengan air. Sedia untuk diminum sepanjang tempoh berpantang.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...