KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 16 July 2013

Ketidakselesaan Selepas Bersalin



Anda mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan malahan berasa sakit pada hari-hari pertama selepas kelahiran. Tanyalah bidan anda sekiranya ada perkara yang merisaukan.


Kesakitan Kemudian

Anda mungkin berasa sakit kekejangan di dalam perut, terutamanya pada waktu anda menyusukan bayi disebabkan rahim anda mengecut semula ke saiz sebelum kehamilan. Ini merupakan petanda baik bahawa anda sedang kembali kepada keadaan normal. Kesakitan ini mungkin berlanjutan selama beberapa hari.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Jika kesakitan kontraksi anda serius, penghilang sakit yang tidak begitu kuat contohnya paracetamol, boleh melegakan kesakitan.


Pundi Kencing

Pada hari pertama, membuang air kecil yang banyak merupakan perkara biasa kerana badan mengeluarkan cecair tambahan yang didapati semasa kehamilan.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Pada mulanya, membuang air kecil mungkin sukar dilakukan disebabkan rasa sakit, tetapi cuba berbuat demikian sebaik sahaja selepas kelahiran.

Bangun dan berjalan ke sana sini untuk menggalakkan pengalirannya.

Berendam dalam air mandian. Jangan risau sekiranya anda membuang air kecil di dalam air mandian kerana air kencing adalah steril. Bilas diri anda dengan air bersih kemudian.

Jika anda mempunyai jahitan, cuba tuangkan air suam ke atasnya ketika anda membuang air kecil untuk mengelakkan rasa perit.


Pendarahan

Anda mungkin mengalami pendarahan faraj dalam masa dua hingga enam minggu. Jika anda menyusukan bayi, pendarahan ini mungkin terhenti dengan lebih cepat. Lelehan merah cerah keluar dengan banyak pada mulanya tetapi beberapa hari berikutnya, lelehan berkurangan dan beransur-ansur berwarna coklat. Biasanya lelehan ini berterusan hingga kitaran haid yang pertama.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Pakailah tuala wanita untuk menyerap lelehan tersebut. Jangan gunakan tampon dalaman kerana ini boleh menyebabkan jangkitan.


Usus

Anda mungkin tidak perlu membuang air besar dalam tempoh sehari atau lebih selepas kelahiran.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Secepat mungkin, bangun dan berjalan-jalan. Dengan berbuat demikian, usus anda akan mulai bekerja semula.

Minum banyak air dan makan makanan berserabut tinggi untuk merangsangkan usus.

Apabila hendak buang air besar, lakukan segera, tetapi jangan paksa atau meneran.

Hampir tidak mungkin jahitan akan terbuka apabila anda menggerakkan usus anda, tetapi anda akan lebih selesa dan yakin jika memegang sehelai tuala wanita pada kawasan berkenaan ketika membuang air besar.


Jahitan

Bahagian ini mungkin berasa sakit untuk sehari dua. Kebanyakkannya larut dalam masa kira-kira seminggu, jahitan luar akan tanggal.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Cadangan berikut boleh membantu anda.

Berlatihlah senaman lantai pelvik secepat mungkin supaya cepat sembuh.

Pastikan jahitan dalam keadaan bersih dengan cara merehatkan diri dalam air mandian suam. Selepas itu, keringkan kawasan berkenaan dengan sempurna. Cuba gunakan pengering rambut yang diarahkan pada butang sejuk.

Legakan rasa sakit dengan meletakkan bungkusan ais (kacang pea yang disejukbekukan dan diikat ke dalam beg plastik) pada kawasan berkenaan.

Baring untuk mengurangkan tekanan ke atas jahitan atau duduk pada gelang getah.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...