Selepas melahirkan anak, wanita akan mengalami
masalah turun darah yang keadaannya hampir sama dengan darah haid. Cuma
bezanya, purata hari yang diambil lebih panjang, sekitar lebih kurang 2 minggu.
Jika masalah nifas berlarutan melebihi tempoh tersebut, gangguan atau penyakit
dalam rahim mungkin berlaku.
Tumpah darah selepas bersalin (post-partum hemorrhage) biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak, sama ada selepas atau sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat di dalam rahim. Keadaan tumpah darah begini amat merbahaya kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Malah, pendarahannya juga sangat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Pendarahan normal semasa bersalin (nifas).
Selepas bayi selamat dilahirkan, uri akan dibebaskan. Proses pembebasan uri menyebabkan pendarahan minimum sekitar 200 hingga 300 ml. Penggunaan ubat seperti Syntormetrine membolehkan masalah kehilangan darah berkurangan kepada 90 hingga 150 ml sahaja.
Darah yang keluar bersama-sama uri dipanggil lochia. Lochia (nifas) terbahagi kepada 3 jenis:
Lochia Vera (Merah) - keluar dalam tempoh 1 hingga
7 hari.
Lochia Rubra (Kuning) - bermula dari hari ketujuh
hingga ke 14.
Lochia Albicam (Putih) - keluar selepas tempoh 14 hari.
Selepas uri terbebas, rahim akan mengecut sehingga
saiznya kembali seperti sediakala (selepas 14 hari). Jika berlaku pendarahan
melebihi 600 ml, situasi itu dianggap serius dan boleh mengancam nyawa.
Pendarahan serius berlaku apabila uri tidak tanggal secara sebagaimana sepatutnya. Sebaliknya, uri tertanam dan melekat kuat pada rahim. Jadi, uri terpaksa ditanggal secara manual. Doktor perlu menyeluk ke dalam rahim dan mencari uri, sebelum ia ditarik keluar dengan penuh hati-hati.
Kadangkala uri melekat terlalu kuat. Keadaan ini dipanggil Plasentra Accrete. Demi menyelamatkan nyawa ibu, seluruh rahim terpaksa dibuang. Jika tidak, pendarahan akan meragut nyawanya.
Pendarahan turut disebabkan oleh luka semasa bersalin. Lazimnya luka terhasil akibat trauma, posisi bayi yang tidak betul atau saiz bayi yang terlalu besar. Cara terbaik menghentikan pendarahan ialah dengan menjahit kawasan luka dengan benang yang diperbuat daripada protein.
Sekiranya ibu mengalami masalah darah seperti anemia, talasemia atau leukemia, doktor akan berjaga-jaga dan mungkin melakukan transformasi darah. Andainya rahim gagal mengecut, ubat-ubat seperti Sintocinon / Oxytocin akan diberikan. Urutan rahim (emanagel) secara perlahan-lahan juga boleh membantu pengecutan rahim. Caranya, tangan diletakkan di pusat kemudian urut perlahan-lahan ke bawah.
Cebisan uri turut menyebabkan pendarahan yang banyak dan ia boleh dikesan melalui ujian ultrabunyi. Jika cebisan uri tidak berjaya dikeluarkan secara manual, D&C (Dilatation & Curetage) terpaksa dilakukan.
Tumpah darah selepas bersalin mungkin boleh berlaku dalam seminggu atau bila-bila masa selepas bersalin. Jika tumpah darah berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kucupan rahim tidak begitu kuat atau sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal di dalam rahim.
Pendarahan juga mungkin disebabkan jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor. Jika berlaku pendarahan yang banyak, pesakit perlu dibawa segera ke hospital sebelum ia mengancam nyawa ibu.
Rawatan
Ibu hendaklah memastikan pengambilan vitamin bagi
memastikan kandungan darahnya mencukupi.
Sekiranya pendarahan nifas terlalu lama (lochia
merah) lakukan ultrbunyi bagi memastikan tiada uri yang tertinggal.
Jangan abaikan PNC (post natal check up)
Jauhkan daripada sakit bersalin yang panjang dan
berlarutan (prolonged labour). Ia menjadi salah satu faktor tumpah darah
berlaku. Jika kesakitan bersalin melebihi hadnya, bayi perlu dilahirkan secara
forsep atau pembedahan.
No comments:
Post a Comment