KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday, 30 July 2013

Puasa Bagi Ibu Hamil



Ibu hamil masih lagi boleh menunaikan tanggungjawab untuk berpuasa sekiranya kesihatan diri mengizinkan untuk berbuat demikian. Namun, perlu diingat bahawa ibu hamil juga dibenarkan untuk berbuka atau meninggalkan puasa sekiranya berasa tidak berdaya atau mungkin memudaratkan kandungannya. Oleh itu, ibu hamil seharusnya memahami situasi diri serta membuat keputusan yang bijak sama ada boleh atau tidak untuk berpuasa.


Tips Kekal Cergas Untuk Berpuasa

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan Ramadhan.

Ambil makanan mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral tetapi sedikit lemak.

Tingkatkan metabolisme dalam badan dengan melakukan aktiviti fizikal. Ibu hamil boleh melakukan aktiviti tersebut selama 30 minit iaitu sebelum berbuka atau selepas makanan hadam.

Bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi pada siang hari. Disarankan minum lebih banyak air kosong.

Jangan minum minuman yang mengandungi kafein. Kafein tidak elok serta menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


Tips Mengurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

Berpuasa mempunyai banyak hikmah serta pengajarannya. Selain daripada berfungsi sebagai merehatkan sistem pencernaan, berpuasa juga mampu bertindak sebagai diet untuk mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:

Hadkan pengambilan makanan yang bergula, berminyak dan berlemak.

Elakkan minuman yang manis seperti sirap, kordial, air berkarbonat dan sebagainya. Banyakkan minum air kosong, susu rendah lemak atau jus buah-buahan yang tidak ditambah gula.

Jangan makan terlalu banyak. Hadkan saiz hidangan anda. Pastikan anda mengekalkan saiz hidangan yang kecil.

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang kaya dengan serat sangat baik untuk ibu hamil.

Jadikan senaman ringkas sebagai rutin harian. Senaman yang ringkas dan mudah untuk dilakukan seperti berjalan, menaikki anak tangga serta lain-lain aktiviti dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan.


Ketahui Risiko Berpuasa Jika...

Ketahui masalah-masalah yang tidak mengizinkan seseorang ibu hamil itu berpuasa. Antaranya:

Pendarahan – Bagi ibu hamil yang pernah mengalami masalah pendarahan, memaksa diri untuk berpuasa akan membuat keadaan bertambah serius. Sekiranya ingin juga berpuasa, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Kencing Manis – Ibu hamil yang menghidap kencing manis (diabetes) tidak disarankan untuk berpuasa. Ini disebabkan ibu hamil seharusnya mengikuti jadual diet yang telah ditetapkan oleh ahli perubatan bagi mengawal kadar gula dalam darah. Selain itu, ibu hamil juga harus menjalani rutin pemakanan ubat secara teratur.

Tekanan Darah Tinggi – Bagi ibu hamil yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi seharusnya tidak boleh melengah-lengahkan pengambilan ubat. Sekiranya terlewat, ia berkemungkinan menyebabkan tekanan darah jadi tidak terkawal, serta boleh naik atau turun secara tiba-tiba. Perkara ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi.

Gangguan Sistem Pencernaan – Masalah terhadap sistem pencernaan akan menyebabkan berlakunya gejala seperti kembung perut, sembelit dan buasir. Ia juga berkemungkinan menyebabkan ibu hamil mengalami gastrik. Perut kosong akan menyebabkan perut berasid dan ini sangat berbahaya kepada bayi.

Dehidrasi –Dehidrasi terjadi apabila ibu hamil mengalami masalah cirit-birit serta muntah-muntah yang berlebihan, berpeluh dingin dan disertai pening kepala. mengalami situasi tersebut segeralah berbuka puasa.

Hari Bersalin – Elakkan untuk puasa pada waktu tersebut. Ini adalah kerana Ibu hamil sangat memerlukan tenaga untuk proses kelahiran kelak. Memaksa diri untuk berpuasa hanya akan menyebabkan terjadinya perkara yang tidak diingini seperti pengsan, kurang tenaga untuk meneran serta pendarahan yang serius.

Antara tanda-tanda lain yang harus diambil kira oleh ibu hamil adalah seperti:

Muntah
Cirit-Birit
Hidung Berdarah
Lemas
Pening
Peluh Berlebihan
Berpinar-pinar
Kejang dan Kebas

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...