Pada Masa Sekarang, Terdapat 2 kaedah Bersalin
Normal
Bersalin Secara Spontan
Bersalin Dengan Bantuan Forsep Atau Vakum
Pembedahan
Walaupun kaedahnya berbeza, namum proses
pemulihannya tetap sama.
Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Secara Normal
Luka Episiotomi atau koyakan dijahit dengan benang jenis "catgut"
Benang ini dibuat daripada protein dan akan hancur serta lesap dengan sendirinya selepas 10 hari hingga ke 12 hari. Jangan takut untuk membersihkan luka setiap hari dengan air suam. Pastikan anda sentiasa lap luka hingga kering. Luka yang kotor dan berbau perlukan perhatian dan lebih khuatir akan dijangkiti kuman. Jika luka lambat sembuh, jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Biasanya doktor akan memberi antibiotik serta mencuci luka tersebut.
Rahim akan mengecut selepas 10 hari bersalin
Sekiranya rahim tidak mengecut dan pendarahan
berterusan, kemungkinan ada cebisan uri yang tertinggal. Untuk memastikannya
ibu perlu menjalani pemeriksaan ultrabunyi atau imbasan. Jika betul terdapat
uri yang tertinggal, ibu perlu menjalani D&C bagi mengeluarkan cebisan
tersebut.
Kepentingan penjagaan payudara
Pastikan kelancaran susu dan kebersihan payudara sentiasa terjaga. Sekiranya payudara sakit dan merah atau "Mastitis" (jangkitan yang menyebabkan payudara bengkak, keras, kemerahan dan sakit), ibu harus mengambil antibiotik.
Diet yang baik
Selepas bersalin, ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat dan vitamin seperti buah betik dan sayuran hijau yang penting untuk mengelakan masalah sembelit. Digalakkan juga makan makanan tambahan yang kaya dengan asid folik dan zat besi kerana ibu akan menyusukan bayi. Semasa bersalin, ibu kehilangan banyak darah dan perlukan zat tersebut untuk mendapatkan darah yang mencukupi bagi keperluannya.
Post-partum blues / depress atau tekanan (meroyan)
Keadaan ini disebabkan oleh gangguan paras hormon dalam tubuh badan wanita selepas bersalin. Wanita memerlukan sokongan suami dan keluarga agar sentiasa bersemangat dan ceria.
Rawatan tradisional
Amalkan rawatan tradisional seperti bengkung herba, dan urutan. Rawatan ini bagus kerana secara saintifiknya ia bertindak sebagai pelawas untuk melancarkan pergerakan usus dan meningkatkan pengaliran darah pada organ. Gabungan kaedah moden dan tradisional terbukti memberi pemulihan yang optimum kepada ibu.
Pemulihan Ibu Bersalin Secara Caesarean
Keutamaan diberi kepada penjagaan luka lebih besar dan dalam. Ada jenis luka menegak dan luka yang melintang.
Kebanyakan ibu takut hendak mandi atau membasahkan luka. Akibatnya kulit jadi kotor dan kuman menyerang luka. Keadaan ini akan menyebabkan "wound breakdown" iaitu luka terbelah dan perlu dijahit semula. Cara yang betul ialah dengan mandi dan jaga kebersihan diri dengan baik. Cuci luka bersih-bersih dan keringkan dengan tuala bersih. Untuk mengeringkan luka yang telah dicuci dengan cepat, anda boleh juga pasang kipas dan halakan pada luka.
Dengan tangan yang bersih, picit hujung luka. Kalau tiada cecair yang keluar dan tidak sakit, ertinya luka sudah sembuh dan baik. Jika luka sembuh dengan baik, tiada halangan untuk berbengkung (asalkan jangan terlalu ketat).
No comments:
Post a Comment