KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday, 15 July 2013

Penjagaan Caesarean



Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.


Sebelum Meninggalkan Hospital

Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.

Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.

Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.

Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.


Senaman

Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.


Penjagaan Emosi

Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.

Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.

Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.

Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.

Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.

Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.


Perkara Yang Perlu Dielakkan

Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.

Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.

Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.

Kolam renang dan tab air panas.

Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.

Kerap turun naik tangga.

Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.


Segera Berjumpa Doktor Jika:

Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.

Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.

Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.

Discaj vagina yang berbau busuk.

Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.

Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.

Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.

Muncul ruam atau gatal-gatal.

Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.

Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.

Rasa bimbang, panik atau sedih.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...