KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Tip Memujuk Bayi Menyusu Pada Sebelah Payudara Yang Tidak Diminati

Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa. Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari. Anda boleh gunakan tip berikut:

Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke payudara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh pratikkan posisi penyusuan yang lain.

Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.

Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.

Jika bayi lebih gemarkan payudara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (scissor hold) di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payudara yang mana alirannya perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.

Sekiranya perbezaan saiz payudara merisaukan anda, di sini Kak Engku sertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan.

Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut.

Memerah payudara yang kecil selama 5 hingga 10 minit selepas sesi penyusuan.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...