KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 24 July 2013

Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan



Bila Harus Memulakan Perahan?

Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 (dua) minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu ada bila-bila masa dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payu dara, susu berlebihan)


Persediaan Untuk Memerah Susu?

1. Ibu perlu bersedia dari segi Psikologi:

Perlu yakin
kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
perlu fikirkan perkara yang indah tentang bayi


2. Ibu perlu bersedia secara Praktikal:

bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
lihat gambar, video atau suara rakaman bayi
minum minuman suam yang melegakan - elakkan minum teh/kopi
tuam atau urut payu dara
ransang puting susu dengan cara : gentel dengan jari
dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2 - 3 minit


Latihan Memerah Susu Ibu

Berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran

Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan disteril (cuci peralatan dengan air dan sabun, kemudian rendam dalam air panas selamat 5 - 10 minit dan keringkan)

Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.

Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih

Perah susu ke dalam bekas bersih yang mempunyai penutup

Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk


Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu:

1. Hari 1 - 3

sarapan pagi (07.30 - 0930am): MSI/PI


2. Hari 4 – 6

Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI


3. Hari 7 – 9

Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
Makan tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI


4. Hari 10 – 12

Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI
Makan Petang (03.30 - 04.30pm) : MSI/PI


*MSI : Memerah Susu Ibu (Ibu boleh mula berlatih memerah susu untuk di simpan samada secara manual atau menggunakan pam dua minggu selepas kelahiran. Ibu boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup menghisap di sebelah payudara satu lagi.

*PI : Penyusuan Ibu - susu yang disusui terus dari ibu

Nota: Perah dan simpan susu anda pada bila-bila masa apabila masih ada susu lagi yang berlebihan


Program Latihan Bayi Untuk Minum Susu Ibu Perahan:

Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan apabila bayi berumur 1 bulan atau selepas 4 minggu. Program ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 07.30 pagi hingga 06.30 petang. Bagi iby yang bekerja shif, boleh mengubahsuaikan mengikut masa bekerja.


Latihan Memerah Susu Ibu

Diingatkan kepada semua ibu-ibu yang bekerja dan ingin memulakan pemberian perahan susu ibu kepada bayi, hendaklah dimulakan dalam tempoh 14 hari SEBELUM BEKERJA.

Jadual Latihan Pemberian Perahan Susu Ibu Perahan kepada Bayi:


Hari 1 – 3

Waktu Penyusuan :

Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)

Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu


Hari 4 – 6

Waktu Penyusuan :

Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)
Pertengahan Pagi (10.30 - 11.30am)

Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu


Hari 7 – 9

Waktu Penyusuan :

Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)
Pertengahan Pagi (10.30 - 11.30am)
Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm)

Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu


Hari 10 – 12

Waktu Penyusuan :

Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)
Pertengahan Pagi (10.30 - 11.30am)
Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm)
Makan Petang (04.30 - 06.30pm)

Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu


Nota: Pastikan ibu terus menyusukan bayi sebaik sahaja berada bersama bayi dan sepanjang malam.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...