KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Penyusuan Susu Ibu



Semua Ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan Pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. Ini bermakna dari lahir hingga enam bulan bayi:

diberi susu ibu sahaja
tidak perlu air atau susu tambahan
tidak perlu makanan pelengkap

Mengapa Perlu Menyusu Secara Ekskusif selama 6 Bulan Pertama bayi?

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi

1.     Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
2.     Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
3.     Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
4.     Mengurangkan risiko kepada alahan
5.     Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
6.     Kurang masalah pergigian dan ortodontik
7.     Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
8.     Menggalakan tumbesaran
9.     Penghadaman yang mudah

Faedah-faedah susu ibu untuk ibu

1.     Membantu mengecut rahim - mengurangkan pendarahan
2.     Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
3.     Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
4.     Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
5.     Menjimatkan masa dan wang
6.     Mudah dan tidak perlu persediaan

Kepentingan Penyusuan sepenuhnya (Ekslusif)

1.     Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
2.     Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
3.     Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8 - 12 kali sehari.
4.     Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
5.     Mengurangkan alahan
6.     Menjaga kesihatan bayi dan anak
7.     Mengelakkan bengkak payudara
8.     mengeratkan kasih sayang

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...