KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 24 July 2013

Penyusuan Bagi Bayi Bermasalah



Susu ibu adalah makanan asas bayi walaupun bayi bermasalah seperti masalah kongenital atau pramatang masih boleh menyusu ibu. Apabila bayi memerlukan lebih perhatian, ibu memerlukan lebih banyak kontek dan temujanji, galakkan dan kemahiran bagi membantu meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.


Bayi Pramatang dan Bayi Kurang Berat (Very Low Birth Weight)

Apabila bayi telah bersedia menyusu dengan mulut, elakkan dari menggunakan puting tiruan.

Susu paling sesuai ialah susu ibu segar. Susu ibu mengandungi faktor pencegah penyakit (antibodi) hormon dan enzim yang tidak terdapat dalam susu formula. Omega 3 Fatty Acid dalam susu ibu baik untuk tumbesaran otak.

Sehingga bayi bersedia untuk menyusu dengan sendiri, bayi perlu diberi susu ibu dengan menggunakan tiub atau sudu.

Susu ibu pramatang sesuai bagi bayi pramatang kerana protein yang lebih tinggi. Memberi susu formula pramatang hanya memberi bimbangan kepada ibu yang mengatakan susunya tidak cukup baik bagi bayinya. Jika susu formula perlu digunakan hanyalah sehingga ibu sudah mempunyai susu perahan yang cukup sehingga bayi boleh minum sehingga 180 - 200 ml / kg / hari.

Jangan gunakan botol dan puting susu. Galakkan bayi menyusu dengan segera.


Membantu Ibu Menyusukan Bayi Pramatang

Aturkan cara pendekatan dengan bayi sekerap yang mungkin, siang dan malam. Galakkan ibu supaya memegang dan membelai bayi mereka.

Pastikan ibu mendapat tempat berehat yang sesuai di hospital.

Nasihatkan ibu supaya membasuh tangan dan memakai gaun steril sebelum memegang bayi mereka.

Galakkan ibu menyusukan bayi secepat mungkin.

Bantu ibu menyusukanbayi dan jangan biarkan bayi menangis.


Bila Bayi Bersedia Menyusu

Bayi sudah bersedia untuk menyusu apabila keadaannya sudah stabil

Gunakan kaedah sentuhan kulit. Galakkan ibu memegang bayi hanya berlampin sahaja. Bayi boleh menyusu apabila ia mahu.

Timbangan adalah tidak tepat dan mengelirukan. Faktor kematangan adalah lebih penting dari berat bayi. Biasanya bayi pramatang lebih 34 / 52 atau lebih dari 1.8 kg sudah bersedia untuk menyusu sendiri.

Apabila bayi bersedia untuk menyusu ia akan membuat gerakan dengan lidah dan mulutnya. Ia juga akan cuba memasukkan tangan ke dalam mulutnya.


Membantu Ibu Meneruskan Penyusuan Badan

Jika boleh mulakan memerah susu 6 jam selepas bersalin
Gunakan pam elektrik jika ada dan perah kedua-dua belah buah dada.
Mulakan perahan susu sebanyak 8 x sehari.
Bantu ibu membuat urutan buah dada sebelum dan selepas memerah susu.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...