KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 24 July 2013

Cara Memberi Perahan Susu Ibu



Memberi Susu Perahan Menggunakan Sudu dan Cawan
Pangku bayi di atas peha pada aras 45 darjah
Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu di bibir bawah bayi
Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Pada permulaannya, adalah perkara biasa jika susu tumpah sikit
Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri


Teknik Betul Beri Susu Ibu Perahan (SIP) Oleh Pengasuh

Elakkan memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian.

Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut bukannya mengikut jadual.

Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan bukannya lengan.

Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.

Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.

Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.

Bayi akan menentukan bila dia patut berhenti minum. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dalam botol.

Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.


Nota : Lubang puting botol susu akan mengeluarkan air susu lebih laju berbanding puting susu ibu, jadi berhati-hati agar bayi tidak tersedak susu.


Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan

Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah

Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalamam supaya mudah dicairkan

Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja)

Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur

Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh disimpan semula)

Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu

Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...