Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah
mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin.
Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan
banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi
otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti
artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar,
kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan
yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista
atau polip.
Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.
Panduan Cucian Bahagian Sulit
Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.
Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi
Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.
Panduan Mandian
Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.
Panduan Berbarut Atau Berbengkung
Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.
Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.
Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.
Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.
Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.
Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.
Penjagaan Selepas Bersalin
Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah
menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur. Penjagaan
kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.
Kebersihan Diri
Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap
hari
Tukar tuala wanita dengan kerap
Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di
dalam keadaan bersih dan kering
Pemakanan
Makan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid
makanan
Minum 6 - 8 gelas air
Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran
dan buah-buahan
Penyusuan Susu Ibu
Bersihkan payudara setiap hari
Gunakan coli yang bersih dan selesa
Susukan bayi dengan kerap
Rehat Dan Senaman
Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
Rehat yang secukupnya
Amalan Bahaya Dan Pantang Larang
Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti
sekak dan salai
Tanda-Tanda Bahaya
Demam Panas
Pendarahan berlebihan dan berlarutan
Anemia
Pening / Sakit Kepala
Sakit kaki atau bengkak
Sakit betis
Sesak nafas dan sakit dada
Meroyan
Sukar buang air kecil
Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin
atau pembedahan
*
dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas.
No comments:
Post a Comment