KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday, 9 July 2013

Minuman Untuk Ibu Hamil



Sepanjang kehamilan perubahan hormon yang berlaku serta peningkatan aliran darah ke kulit akan menyebabkan ibu hamil mudah berpeluh. Oleh itu, ibu hamil dinasihatkan untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan cecair yang telah hilang dalam badan. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi bagi ibu hamil juga dapat mengelakkan ibu hamil daripada mengalami masalah sembelit yang sering dialami semasa kehamilan.

Namun, ibu hamil seharusnya mengelak daripada mengambil minuman yang terlalu manis dan juga minuman berkarbonat. Pengambilan air secara berlebihan juga akan mendatangkan masalah seperti bengkak di bahagian kaki. Bagi menghidari perkara ini daripada berlaku, ibu hamil disarankan mengambil sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sahaja dalam sehari.


Minuman Yang Menyihatkan

Minuman mungkin satu perkara remeh tetapi sebenarnya ia boleh menimbulkan masalah pada ibu hamil jika anda minum sembarangan. Jom kita ketahui minuman yang baik untuk ibu hamil.

Air putih – sangat baik untuk ibu hamil. Ia mampu membuang toksin dalam tubuh. Malah, ia juga baik untuk membantu pengaliran darah. Sebaiknya minum antara 6 – 8 gelas air putih sehari serta pastikan air itu dimasak atau disuling bagi memastikan ia benar-benar bersih dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria yang berbahaya.

Susu – minuman terbaik bagi membekalkan sumber kalsium dan vitamin D. Kalsium sangat diperlukan oleh janin anda bagi pembentukan dan pertumbuhan tulangnya. Minumlah dua gelas susu sehari dan pilih susu yang sesuai untuk ibu hamil.

Jus buah-buahan – segelas jus buah-buahan sehari amat baik untuk ibu hamil kerana ia membekalkan vitamin.

Minuman tenaga – bagi ibu hamil yang aktif, mengambil minuman tenaga adalah baik kerana ia bertindak menggantikan zat elektrolit yang hilang sewaktu tubuh berpeluh. Namun, sekiranya anda bukan jenis yang aktif, sebaiknya elakkan mengambil minuman ini kerana ia turut mengandungi bahan pengawet yang kurang baik untuk kesihatan.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...