KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 16 July 2013

Menempuh Hari-Hari Selepas Bersalin



Berehat selepas bersalin amat baik untuk para ibu kerana proses melahirkan anak sangat memenatkan. Namun, ibu-ibu juga dinasihatkan untuk bangun dari katil dan berjalan perlahan-lahan. Tindakan ini sebenarnya amat baik untuk memperbaiki otot-otot saluran darah nifas dan menyegarkan tubuh badan.


Terdapat 3 perkara penting yang harus diberi perhatian oleh ibu selepas bersalin:

Pertama,meskipun memperoleh rehat yang mencukupi amat penting, ibu haruslah bangun dan melakukan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan.

Kedua, bayi disarankan agar sentiasa di tempatkan bersama ibunya.

Ketiga, ibu dan bayi boleh pulang apabilakeadaannya sesuai dan tidak semestinya pada hari yang ditetapkan.

Kebanyakkan ibu lebih suka berehat di katil 24 jam selepas bersalin. Sedangkan anda sepatutnya bangun dan berjalan-jalan kerana aktiviti ini akan memperbaiki otot-otot saliran darah nifas. Wanita yang berjalan awal selepas bersalin juga berasa lebih segar.


Hari Pertama Di Rumah

Sentuhan badan ibu penting kerana belaian akan membina kemesraan dan rasa selamat yang diperlukan oleh bayi. Bayi berasa puas apabila berada dalam dakapan ibunya. Ibu boleh mendakap bayi seberapa lama yang dikehendakinya.

Ibu juga sudah boleh berehat secukupnya kerana ahli keluarga sedia membantu untuk menjaga bayi. Bagi ibu yang terpaksa menjaga seorang diri, jangan bimbang kerana anda mampu menjaganya dengan baik. Ikuti tip di bawah:

Mandikan bayi dengan air suam. Bahagian kepala perlu dibersihkan dengan syampu bayi. Jangan takut untuk memandikan atau membersihkan kepalanya dengan syampu kerana sememangnya kepala bayi yang baru lahir kotor dan diselaputi dengan lendir. Perlu diingatkan lagi tidak perlu membawa bayi mandi ke bilik air untuk mengelakkan risiko jatuh atau tergelincir.

Pastikan bayi dicuci dengan pencuci pusat dan pastikan ia tidak berbau sehinggalah pusat tanggal dengan sendirinya.

Cuci vagina dengan air suam dan jika mahu, boleh campur dengan sedikit garam hingga baik luka jahitan.

Bengkung, bertangas dan seagainya baik dilakukan bagi mengembalikan bentuk tubuh yang asal atau lebih langsing.

Minum banyak air supaya lawas membuang air besar.

Lakukan riadah ringan supaya lancar pembuangan darah nifas dan keadaan rahim cepat bersih dan sembuh.


Kembali Kepada Keadaan Asal

Berat badan akan menurun selepas bersalin tetapi bentuk badan anda belum tentu kembali ke asal iaitu sebelum anda mengandung. Untuk mendapatkan bentuk badan asal, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.


Diet

Diet yang sihat merupakan bahagian penting dalam program pelangsingan tubuh selepas bersalin. Anda perlu mengambil protein untuk membaiki jaringan tubuh, lemak dan karbohidrat untuk menambahkan tenaga, serat untuk mengurangkan sembelit dan juga garam mineral.

Selain itu, anda juga perlu mengambil daging, ikan dan memperbanyakkan pengambilan sayuran dan buahan serta susu setiap hari. Untuk kembali ke berat badan asal, ia akan memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih setahun.


Latihan Pinggul

Untuk mengembalikan kekuatan otot-otot pinggul, latihan pinggul atau pelvic floor exercise adalah pilihan yang tepat khususnya bagi anda yang bersalin secara normal. Ia akan mengembalikan otot-otot di sekitar pinggul terutamanya pada kawasan vagina dan juga otot perut.


Senaman

Bagi wanita yang baru lepas bersalin, senaman sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan kesegaran dan juga mengembalikan tubuh ke bentuk asal. Anda boleh mula bersenam selepas beberapa minggu, sebulan atau dua bulan.

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor dahulu terutamanya bagi anda yang bersalin melalui proses pembedahan. Anda boleh melakukan senaman seperti berjalan kaki, senaman ringan, latihan otot dan juga berjogging. Hindari senaman berat yang melibatkan lompatan dan juga berlari.


Kecantikan

Berbicara mengenai kecantikan, penampilan anda tentu akan mengalami cacat cela apabila urat simpul atau kesan rekahan banyak kelihatan di tubuh seperti perut, lengan, pergelangan lutut dan paha. Di tambah pula bentuk payudara anda yang mengendur.

Untuk mengurangkan urat simpul dan menegangkan kembali payudara, anda boleh menggunakan krim atau losyen pada seluruh tubuh anda termasuklah payudara. Urut secara lembut.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...