Peralatan yang perlu
Bekas plastik kecil/botol yang bersih
Cuci tangan dengan bersih
Cara:
Buat pegangan "C"
Letak ibu jari di bahagian atas (lebih kurang 1cm
dari areola atau kawasan gelap) dan 2 - 3 jari mengampu bahagian bawah payudara
Tolak jari serentak ke arah dada, kemudian picit
ibu jari dan 2 -3 jari anda yang lain di bahagian areola untuk mengeluarkan
susu, lepaskan dan ulang semula (dengan pergerakan picit - lepas , picit -
lepas)
Tadah susu ke dalam bekas yang bersih. Buat
berulang kali mengikut bulatan di sekeliling areola supaya ke semua saluran
susu yang yang berlainan dapat diperah
Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekiranya
pengaliran susu telah perlahan atau telah dikosongkan
Urut payudara sekali sekala semasa menggerakkan
tangan anda
Memerah Susu Dengan Pam
Jika anda memilih kaedah memerah dengan pam,
gunakanlah pam yang:
Mudah dibawa, diguna, dibersih dan mempunyai
bahagian-bahagian yang mudah untuk disterilkan
Merangsang penghasilan susu, dan dapat mengepam
keluar susu sepenuhnya daripada payudara
Tidak memberi kesakitan kepada payudara
Pam yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan
situasi tempat kerja anda.
Menggunakan Pam Susu
Mengepam susu sepatutnya tidak menyakitkan anda.
Tetapi jika ia menyakitkan, cuba ubat suai sedutan pada pam. Jika ini tidak
berkesan, hubungi Kak Engku pun boleh.
Lekapkan corong merangkumi seluruh areola untuk
membentuk pengadang kedap udara. Pastikan puting susu berada betul-betul di
tengah corong. Mulakan proses mengepam susu keluar daripada payudara
No comments:
Post a Comment