Apa Itu Teknik Marmet?
Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.
Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.
Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.
Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)
Bahaya Amalan Teknik Yang Salah
Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.
Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.
Cara Memerah
Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu
jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan
aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita
panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian
bawah aerola (pukul 6).
Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu
berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada
pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah
salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga
salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.
Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke
arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu
angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan
memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju
sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.
Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola,
gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia
dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut
sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada
anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari
lain mahupun tapak tangan.
Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut
rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga
kilang susu kosong.
Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan.
Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.
Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan
setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi
payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.
Elakkan!
Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari
anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.
Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh
merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.
Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan
melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga
cenderung bengkak apabila anda melakukannya.
No comments:
Post a Comment