Pages

Wednesday, 24 July 2013

Memerah Susu Dengan Tangan



Peralatan yang perlu

Bekas plastik kecil/botol yang bersih
Cuci tangan dengan bersih

Cara:

Buat pegangan "C"

Letak ibu jari di bahagian atas (lebih kurang 1cm dari areola atau kawasan gelap) dan 2 - 3 jari mengampu bahagian bawah payudara

Tolak jari serentak ke arah dada, kemudian picit ibu jari dan 2 -3 jari anda yang lain di bahagian areola untuk mengeluarkan susu, lepaskan dan ulang semula (dengan pergerakan picit - lepas , picit - lepas)

Tadah susu ke dalam bekas yang bersih. Buat berulang kali mengikut bulatan di sekeliling areola supaya ke semua saluran susu yang yang berlainan dapat diperah

Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekiranya pengaliran susu telah perlahan atau telah dikosongkan

Urut payudara sekali sekala semasa menggerakkan tangan anda


Memerah Susu Dengan Pam

Jika anda memilih kaedah memerah dengan pam, gunakanlah pam yang:

Mudah dibawa, diguna, dibersih dan mempunyai bahagian-bahagian yang mudah untuk disterilkan

Merangsang penghasilan susu, dan dapat mengepam keluar susu sepenuhnya daripada payudara

Tidak memberi kesakitan kepada payudara

Pam yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan situasi tempat kerja anda.


Menggunakan Pam Susu

Mengepam susu sepatutnya tidak menyakitkan anda. Tetapi jika ia menyakitkan, cuba ubat suai sedutan pada pam. Jika ini tidak berkesan, hubungi Kak Engku pun boleh.

Lekapkan corong merangkumi seluruh areola untuk membentuk pengadang kedap udara. Pastikan puting susu berada betul-betul di tengah corong. Mulakan proses mengepam susu keluar daripada payudara

No comments:

Post a Comment