KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 24 July 2013

Melindungi Bayi Anda Daripada Gangguan Perut



Sekiranya anda mengambil tindakan berjaga-jaga di bawah, sepatutnya dapat melindungi bayi anda daripada bakteria yang menyebabkan sakit perut atau gastroenteritis.

Sterilkan semua peralatan penyusuan sebelum digunakan, walaupun peralatan baru.

Jika anda tidak mempunyai peti sejuk, bancuh setiap penyusuan hanya apabila anda memerlukannya.

Jika bayi anda tidak menghabiskan susunya pada suatu masa penyusuan, buang susu berlebihan. Jangan simpan susu untuk penyusuan berikutnya kerana air liur bayi anda telah mencemari susu tersebut.

Buang sebarang susu yang telah dipanaskan untuk bayi anda, walaupun bayi anda tidak menyentuhnya. Proses pemanasan susu mengalakkan bakteria membiak.

Jangan simpan bancuhan susu di dalam peti sejuk selama lebih 24 jam.

Biarkan botol di dalam larutan pensterilan sehingga anda memerlukannya (pensterilan berkesan selama 24 jam) supaya botol tidak dicemari oleh bakteria di dalam udara

Keluarkan puting susu selepas suatu masa minimum, keringkan di atas kertas dapur, kemudian simpan di dalam balang yang steril.

Jangan keringkan peralatan steril di atas papan pengering atau pada tuala teh. Keringkan di atas kertas dapur, dan lap kering pisau sahaja dengan menggunakan kertas dapur.

Basuh tangan anda sebelum anda menyentuh peralatan steril.


No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...