KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Masalah Penyusuan



Banyak halangan yang mungkin perlu anda tempuh sepanjang usaha menyusukan bayi. Sebagai persediaan awal, ketahui panduan berkaitan jika anda ditimpa masalah penyusuan.


Bengkak Susu

Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusukan bayi. Antara simptom bengkak susu iaitu payudara nampak berkilat, sakit, tegang, keras dan rasa agak panas bila dipegang. Keadaan puting agak leper,  bengkak dan merekah. Selain itu bayi anda akan sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar. Punca berlaku pembengkakan susu ialah ibu jarang menyusukan bayi, menghadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat, tidak menyusukan pada waktu malam. hisapan kurang efektif atau ibu mula memberi anak minuman lain pada awal kelahirannya.

Cara mengatasi masalah ini:

Betulkan posisi semasa mendakap bayi untuk disusukan.

Susukan bayi dengan kerap tanpa had siang dan malam.

Perah susu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam.

Kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali.

Tuam dan urut perlahan-lahan payudara sebelum menyusukan.

Mula menyusukan bayi sebaik sahaja payudara keras dan penuh.

Minta bantuan sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi.


Saluran Susu Tersumbat

Masalah ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Mungkin payudara anda kelihatan biasa tetapi bila disentuh ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit. Selain itu, payudara kelihatan agak kemerahan. Bila menghadapi situasi tersebut anda perlu:

Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif.

Urut perlahan-lahan di sekeliling payudara hingga puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.

Sokong payudara dengan telapak tangan.

Elak tidur meniarap dan memakai baju dalam yang ketat.


Mastitis

Masalah ini perlu diberi perhatian! Antara simptom yang dialami termasuk demam selesema, payudara akan berasa hangat, merah dan bengkak serta sakit. Puncanya sama seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Cara mengatasi masalah ini:

Periksa payudara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan dakapan.

Kerap menyusu. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2 1/2 jam.

Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa jangkitan.

Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.


Jika simptom semakin jelas dan berlaku rekahan, kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna, rawat dengan antibiotik. Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari.


Tidak Cukup Susu

Tidak cukup susu menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan bayi. Anggapan pengaliran susu tidak mencukupi untuk bayi adalah salah. Antara punca susu tidak cukup ialah dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang. Antara lain, masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir, jarang menyusu kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam, tidak menyusu di waktu malam dan banyak lagi. Jika terasa susu kurang, ibu boleh menambahnya dengan:

Perbetulkan posisi semasa menyusu.

Lebih kerap menyusu sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam.

Tidur berdekatan bayi dan susukan dia di awal pagi ketika tahap prolaktin tinggi.

Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan.

Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi.


Puting Bengkak Dan Sakit

Jika payudara atau puting mengalami rasa sakit atau tidak selesa, pengurusan penyusuan mesti dinilai semula. Penyusuan tdak sepatutnya menyakitkan. Simptom seperti tidak selesa (gatal, rasa panas), sakit, merekah, ruam (dermatitis, herpes), kemerahan, kulit berkeping, kulit berkilat dan sakit selepas menyusu adalah tanda puting payudara bengkak dan sakit.

Punca masalah tersebut disebabkan oleh faktor dakapan dan posisi kedudukan yang tidak betul, bengkak susu, salah hisapan, bayi keliru antara hisapan puting botol susu dengan penyusuan ibu atau jika makanan tambahan telah diberi. Cara mengatasi masalah ini:

Mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan aerola. Jika perlu perah dengan jari secara lembut.

Jika sakit semakin terasa, ambil ubat seperti paracetamol (panadol).

Jika rekahan puting semakin teruk, perah susu dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1 hingga 2 hari.

Sebelum menyusukan bayi, tuam payudara untuk merangsangkan pengaliran susu. Mulakan penyusuan di sebelah payudara yang kurang sakit.

Susui bayi secara lebih kerap, mengikut keperluan bayi, elak daripada menghadkan penyusuan.

Selepas menyusu, perah sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting. Biarkan sehingga kering.

Elak guna sabun dan alkohol untuk mencuci puting.


Masalah Susu Meleleh

Hal ini berlaku kerana payudara penuh dengan susu. Jadi, cuba tekap tapak tangan pada puting selama 1 atau 2 minit. Tukar pad coli bila lembap dan perah lebih kerap.


Masalah Penyusuan - Susu Ibu

Pemeriksaan Buah Dada dan Puting

Pemeriksaan yang teliti jika ibu menghadapi masalah yang disyaki berpunca dari buah dada

Mengajar ibu supaya menyediakan puting yang sesuai untuk penyusuan

Perhatikan perbezaan antara kedua-dua belah buah dada

Perhatikan samada terdapat bengkak, ketulan atau kemerahan

Anatomi buah dada yang tidak normal dan riwayat pembedahan yang pernah dilakukan

Puting tenggelam yang mungkin menyusahkan bayi melekap


Pengendalian Kes Puting Tenggelam (Inverted Nipple)

Puting tenggelam berlaku jika rawatan semasa antenatal tidak berkesan. Bantuan awal diperlukan selepas bersalin apabila anak mula menyusu.

Beri keyakinan kepada ibu bahawa dengan kesabaran dan kegigihan dia mungkin akan berjaya

Beritahu ibu bahawa bayi hisap dari buah dada dan bukan dari puting

Galakkan ibu mengadakan sentuhan kulit dengan bayinya

Galakkan ibu memegang bayi dengan betul

Galakkan pemakaian 'breast shield'

Bantu ibu mengeluarkan putingnya sebelum menyusu (menggunakan breast pump, syringe)


Sekiranya masih gagal, bantu ibu memerah susunya dan berikan perahan susu ibu kepada bayinya dengan cawan.


Bengkak Buah Dada (Breast Engorgement)

Dalam keadaan laktasi peredaran darah dan lymph akan meningkat. Ini mengakibat rasa tegang, penuh dan panas. Penyusuan akan mengurangkan rasa ketegangan ini. Peningkatan volume ini susu yang cepat akan mengakibatkan pengaliran susu yang banyak dan akan mengalami kebengkakan.

Bengkak akan timbul sekiranya pengeluaran susu tidak kerap atau tidak cukup. Setengah ibu dapat menghasilkan susu yang terlalu banyak sehingga anak tidak dapat menghisap semuanya. Ini mengakibatkan bengkak buah dada.

Buah dada akan panas, sakit dan bengkak. Pada 'engorgement' yang teruk pengeluaran susu akan berkurangan atau terhenti.



Cara - Cara Mencegah Engorgement:

Pastikan susu ibu diberi 1 jam selepas bersalin

Pastikan penempatan bersama antara ibu dan anak setiap hari

Adakan anggota memberi bantuan dengan cepat dan ibu tahu cara memberi susu ibu

Ibu digalakkan memberi penyusuan on demand (memberi ikut kemahuan bayi) iaitu dalam 8 hingga 12 kali penyusuan dalam 24 jam.

Adakah ibu selesa dalam suasana 'caring atitude'

Bila ibu tidak dapat menyusui anaknya, ibu digalakkan memerah susu dengan kerap

Jangan memberi bayi puting kosong atau susu botol. Ini akan mendatangkan kekeliruan 'sucking effect' kepada bayi


Cara- cara Mengatasi Engorgement:

Periksa samada kedudukan bayi adalah betul antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar

Galakkan penyusuan on demand

'Cold Compress' mengurangkan sakit antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar

Galakkan ibu untuk memerah susu sebelum penyusuan untuk melembutkan areolar dan seterusnya membantu bayi get 'attached'

Setelah susu dikeluarkan, letakkan 'cold compress' atas buah dada untuk mengurangkan bengkak

Sekiranya dengan penyusuan kepada bayi sahaja tidak dapat melegakan 'engorgement', ibu dinasihatkan supaya memerah susu antara masa bayi tidak menyusu.


Puting Luka (Sore Nipple)

Sebab-Sebab Terjadi Sore Nipple:

Ibu perlu pertolongan tetapi tidak dibantu cara penyusuan yang betul akibatnya 'attachment yang tidak betul'

Buah dada engorgement sebab penyusuan kurang kerap

Bayi belum pandai membentuk 'suckling effect'

Bayi ada 'thrush infection' yang berjangkit pada puting ibu

Terdapat 'thrush tied' pada bayi - short frenulum


Rawatan Puting Luka:

Pemeriksaan samada kedudukan bayi adalah betul, proper atua good attachment adalah penting

Letakkan/sapu susu yang diperah pada puting untuk melegakan serta melicinkan tisu puting. Letakkan tuala basah sebelum penyusuan untuk merangsangkan proses 'let down'

Mulakan penyusuan pada buah dada yang kurang luka/buah duada yang sihat.

Jangan hadkan jumlah penyusuan

Sekiranya bayi tertidur dan tidak menyusu lagi, lepaskan puting secara perlahan-lahan daripada bayi dengan memasukkan jari untuk lepaskan hisapan. Elakkan dari menarik puting, dikhuatiri akan menambahkan lagi luka di puting anda.

Biarkan buah dada terdedah pada udara dan matahari untuk penyembuhan yang segera.

Berikan rawatan 'oral thrush' pada mulut bayi dan puting ibu.


Salur Tersumbat (Blocked Milk Duct)

Salur tersumbat disebabkan susu dari satu bahagian buah dada tidak mengalir dengan baik dan membentuk satu ketulan susu pekat yang akan menyumbatkan susu

Sebab-sebab Salur Tersumbat

Penyusuan ibu tidak kerap
Susu tidak dikeluarkan secukupnya dari semua bahagian buah dada
Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada


Cara - Cara Merawat Salur Tersumbat

Periksa cara bayi melekap

Menggunakan lebih dari satu posisi semasa menyusu supaya susu dapat dikeluarkan dari semua bahagian buah dada

Memberi susu dengan kerap

Susui bayi dengan buah dada yang sakit dengan dagu bayi menghala ke arah pembengkakan tadi

Mengurut bengkak ke arah puting dengan perlahan-lahan sebelum dan selepas penyusuan

Sebelum penyusuan letakkan tuala basah panas di bahagian yang bengkak

Jangan menggunakan bra yang ketat.


Jangkitan Buah Dada / Breast Infection (Mastitis)

Merupakan radang pada buah dada yang mengakibatkan 'localised tenderness', kemerahan dan sakit.

Ibu menderita demam, rasa letih, loya atau pening kepala. Selanjutnya ia menjadi abcess. Kawasan abscess ini rasa panas, sakit dan mengandungi cairan.


Sebab-sebab Mastitis:

Puting pecah atau merekah
Salur tersumbat, bengkak buah dada atau penakungan susu (milk stasis)
Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada
Badan tidak dapat melawan kuman kerana keletihan


Rawatan Mastitis:

Jangan berhenti penyusuan ibu

Lebihkan berehat sebanyak mana yang boleh

Minum lebih banyak air jika dahaga

Mulakan penyusuan dengan buah dada yang terlibat dahulu

Pastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan

Tuamkan buah dada dengan air suam sebelum dan selepas penyusuan untuk menambahkan pengaliran susu

Beri ubat penahan sakit

Antibiotik secukupnya

Ubat anti inflamatori (panadol)

Perah susu pada buah dada yang terlibat


Apa Yang Patut TIDAK Dilakukan Pada Puting Luka

(LARANGAN UNTUK PUTING LUKA)

Jangan gunakan nipple shield
Jangan berhenti menyusui bayi
Jangan Hadkan jumlah atau masa penyusuan
Jangan letakkan oil-based lotion atau ubat beracun pada puting


Puting Luka

Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.

Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.

Tapi jangan ambil mudah.

Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan je puting anda sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya. Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.


Apa nak kena buat kalau puting luka ni?

Anda kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:

Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya.

Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Air susu ni banyak gunanya tau!

Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang paling berkesan dan ekonomi pernah saya cuba "Bepanthen", kerana ia juga boleh digunakan untuk ruam bayi!

Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak bergesel dengan bra.

Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down.


Keputihan (Trush Infection)

Semasa dalam proses keluar dari rahim ibu, bayi boleh dijangkiti 'oral thrush', jangkitan yang disebabkan oleh Kulat "Candida Albicans".

Bayi kemudiannya menyebabkan jangkitan ini berpindah kepada puting ibu semasa menyusu. Dengan itu adalah penting rawatan diberi kepada ibu dan bayi.


Tanda-tanda Infection:

Puting boleh kelihatan normal merah atau radang

Terdapat kesakitan yang "serius", ibu mengadu puting rasa terbakar dan bisa selepas penyusuan

Terdapat bercah-cah putih di dalam mulut bayi (fungal diaper rash)

Ibu mempunyai infeksi di vagina


Rawatan Untuk Ibu:

Gentian Violet 1/4 - 1/2% sekali sehari selama 3 hari

Nystatin atau fungal cream disapu selepas setiap penyusuan, diputing.

Jemur atau anginkan puting selepas penyusuan. Jika menggunakan breast pads, ganti bila basah

Basuh tangan dengan bersih selepas menggantikan napkin atau selepas ke tandas

Ubat infeksi di vagina (pasangan suami/isteri)


Rawatan Untuk Bayi:

1/4 - 1/2% Gentian violet setelah penyusuan atau Nystatin Drops selepas setiap penyusuan seterus 14 hari

Bila terdapat diapres rash - sapukan Gentian Violet sekali selang sehari atau Nystatin Cream 4 kali sehari

Perah susu secara Demahan Botol Panas


Buah Dada Bernanah (Breast Abcess)

Jika jangkitan buah dada (mastitis) tidak dirawat dengan segera, ia mungkin membentuk pernanahan di dalam buah dada

Rawatan (Breast Abcess):

Antibiotik secukupnya
Torehan (incision & Drainage) jika perlu
Warm Compress
Penyusuan yang berkesan


Makanan (Susu Gantian) Boleh Diterima Apabila:

Ibu mendapat jangkitan kuman 'Herpes Simplex' buah dada

Ibu mendapat jangkitan HIV selepas bersalin

Ibu sakit teruk

Ibu mengambil ubat yang tidak boleh digunakan semasa menyusu

Ibu tidak mahu memberi susu disebabkan alasan yang diluar kuasa hospital kakitangan kesihatan

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...