KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Friday 26 July 2013

Fungsi Dan Kebaikan DTX Complex Shaklee



DTX COMPLEX TM

Perbezaan Shaklee:

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

"DTX Complex" mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schinzandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

“Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki”

Fungsi Hati:

Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K, dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Kerotena kepada    vitamin A.


Bertindah Sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.


Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina – hormone tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (factor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormone seperti estrogen adrenalin, dan insulin.


Penting Dalam Metabolisma Lemak

Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid ammino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Formulasi DTX Complex Yang Dipaten:-

Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)

Proses esktrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida.
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.

Articok (Artichoke)

Membina semula sel-sel hati.
Merangsang pengaliran hempedu.


Dandelion

Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jondis. Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang. Membantu merawat endometriosis. Bertindah sebagai julap lembut untuk masalah sembelit. Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia. Melawan tumor dan kanser. Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.


Kunyit (Turmeric)

Mengandungi cucumin; bahan anti-oksida
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.


Reishi Mushrooms (Ling Zhi)

Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
Mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis.
Merawat sindrom keletihan yang kronik.
Membantu mencegah penyakit jantung.


Schinzandra

Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida.
Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin. Inilah kebaikan fungsi DTX Complex Shaklee.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...