KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Diet Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi



Ibu yang menyusu bayi memerlukan lebih nutrient dari ibu yang tidak menyusukan bayi untuk membentuk susu dan membekalkan nutrient kepada susunya. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan perbandingan keperluan nutrient untuk ibu mengandung, ibu yang menyusu dan ibu yang normal:


Nutrient:

1. Tenaga (kilokalori)

Wanita Normal : 2000
Wanita Mengandung : + 150 - 350
Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)

Wanita Normal : 37
Wanita Mengandung : + 13
Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):

Wanita Normal : 450
Wanita Mengandung : + 750
Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :

Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :

Wanita Normal/ Mengandung : 750
Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):

Wanita Normal : 2.5
Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :

Wanita Normal : 0.8
Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :

Wanita Normal : 1.2
Wanita Mengandung : + 0.2
Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:

Wanita Normal : 1.3
Wanita Mengandung : + 2.3
Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :

Wanita Normal : 200
Wanita Mengandung : + 200
Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):

Wanita Normal : 2.0
Wanita Mengandung : + 1.0
Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :

Wanita Normal : 30
Wanita Mengandung / Menyusu : + 20

Jadual di atas menunjukkan peningkatan keperluan tenaga sebanyak 25% bagi ibu yang menyusukan bayi. Purata pengeluaran susu adalah sebanyak 850 malam / hari dan tenaga diperlukan untuk tujuan ini adalah 785 kilokalori. Walaubagaimanapun jumlah yang disyorkan oleh Malaysia Recommended Dietaru Allowance adalah tambahan 550 kilokalori kepada keperluan yang normal sebab kalori yang selebihnya boleh diperolehi dari tisu lemak seseorang. Tambahan kalori ini adalah mencukupi untuk jangkamasa penyusuan selama 3 bulan. Bagi ibu yang menyusu bayi melebihi jangkamasa ini atau ibu yang mengalami turun berat badan yang melebihi had atau ibu yang menyusu lebih dari seorang anak akan memerlukan tambahan sebanyak 550 kilokalori sehari.

Pada kebiasannya penggunaan tisu lemak dari tubuh semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan. Sekiranya ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi pengeluran susu. Adalah perlu diingat bahawa lemak dalam tubuh digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. Ini bermakna ibu yang menyusukan bayi seharusnya tidak boleh mengamalkan diet yang serius untuk mengurangkan berat badan, akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan. Ibu-ibu yang ingin mengurangkan berat badan boleh berbuat demikian dengan mengamalkan cara makan yang baik, mengelakkan penggunaan banyak lemak dan gula di dalam diet dan disertai dengan senaman.

Peningkatan keperluan protein akan membekalkan protein dalam susu ibu. Pengambilan protein dan kalori yang berkurangan tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi kuantiti susu akan berkurangan.

Keperluan vitamin dan mineral juga meningkat semasa laktasi/penyusuan. Penekanan diberi kepada kalsium, sebab vitamin dan mineral yang lain mudah diperolehi dengan memakan berbagai jenis makanan dan meningkatkan pengambilan kalori.

Ibu yang menyusukan bayi perlu mempastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang di hari hadapan. Pengambilan kalsium yang rendah di dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti atau kuantiti susu sebab kekurangan ini akan ditampung oleh pergerakan kalsium dari tulang yang boleh mempengaruhi kesihatan ibu dalam jangkamasa yang panjang.

Selain daripada nutrient, pengambilan air oleh ibu adalah sama penting untuk pengeluaran susu. Susu mengandungi 87% air. Lebih kurang 750 - 850 ml air digunakan untuk pengeluaran susu. Oleh itu pengambilan air yang tinggi, lebih kurang 3 liter / hari atau 2 -3 quart diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup. Kekurangan air dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi akan mengurangkan kuantiti susu yang dikeluarkan. Sumber air meliputi air, susu, suup kuah dan minuman lain.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...