KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Thursday 27 March 2014

Panduan Legakan Rasa Marah

Ada orang marah dalam diam. Ia seperti api di dalam sekam, sentiasa membakar. Jika tidak dilepaskan, ia bertukar menjadi dendam. Ada yang cepat marah dan cepat redanya. Marahnya seperti letupan bom. Ia meletus dan padam tidak lama kemudian, hinggakan orang yang dimarahi jadi hairan mengapa orang yang memarahinya itu boleh tersenyum dan berbual mesra dengannya tidak sampai beberapa minit dia di bambu.

Panduan Legakan Rasa Marah

Tarik Nafas Dalam-Dalam - setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.

Mengingatkan Diri Anda Sendiri - seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif.

Fikirkan Sesuatu Yang Boleh Membuatkan Anda Gembira - sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.

Keluar Daripada Situasi Kemarahan - pemikiran seseorang yang sedang berada di dalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus di dalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba cari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti berwuduk, mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...