KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday, 19 November 2013

Gusi Rosak Punca Kelahiran Pramatang

Seringkali kali kita mendengar wanita hamil tidak dibenarkan mencabut gigi sepanjang kehamilannya. Pun begitu, wanita hamil masih boleh melakukan pemeriksaan gigi. Malah ia amat disyorkan bagi mengelakkan kerosakan yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.

Namun wanita mengandung tidak digalakkan untuk melakukan sebarang aktiviti pemeriksaan gigi pada tempoh tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan. Ada beberapa sebab mengapa wanita hamil tidak digalakkan untuk menjalani aktiviti agresif pada gigi. Antaranya:

Tiga Bulan Awal iaitu 13 minggu pertama, merupakan tempoh untuk kebanyakkan organ dalaman bayi terbentuk dan berkembang. Sebarang rawatan yang memerlukan suntikan, seperti untuk proses cabutan, boleh terus memasuki darah - jadi elakkannya. Namun jika masalah gigi itu serius dan perlu rawatan segera, dos suntikan yang rendah akan diberikan.

Elakkan pengambilan antibiotik tanpa pengawasan dan pemantauan doktor. Beritahu doktor tentang kehamilan anda sebelum melakukan pemeriksaan gigi. Jadi doktor boleh meneruskan proses tanpa perlu mendatangkan kemudaratan kepada anda. Walaupun begitu, masih ada beberapa jenis antibiotik yang sesuai untuk ibu hamil.

Semasa hamil, gusi mudah menjadi bengkak dan mendapat jangkitan kerana pengaruh perubahan hormon. Disebabkan itu, ramai ibu yang hamil mengalami sedikit pendarahan pada gusi semasa memberus dan melakukan flos di celah gigi. Pendarahan gusi mendorong kepada berlakunya gingivitis dan boleh melarat sehingga menyebabkan penyakit gusi yang kronik. Penyakit ini menyebabkan kemudaratan kepada janin. Ada ibu yang mungkin bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang.

Ibu hamil harus meminimumkan prosedur berkaitan pergigian kerana ia turut mengundang ketidakselesaan kepada ibu hamil. Sebagai contoh, bakal ibu yang memasuki trimester ketiga mungkin berada tidak selesa untuk berbaring di atas kerusi pemeriksaan di klinik gigi kerana berat bayi akan menekan abdomen. Jika boleh, tangguhkan seketika sehingga anda selamat melahirkan bayi.


Sebab Gigi Mudah Rosak Semasa Hamil
  • Masalah Gusi
  • Muntah (Asid dari perut boleh menjejaskan permukaan gigi)
  • Rasa mengidam terhadap benda-benda manis seperti coklat.
  • Loya dan muntah semasa memberus gigi.
  • Pembesaran janin dalam kandungan "mencuri" kalsium dari gigi dan tulang sekiranya tubuh ibu hamil kekurangan kalsium.
Bagi Ibu Hamil Yang Ingin Menambah Kalsium Semasa Kahamilan, Produk Shaklee iaitu Ostemartix sangat baik untuk tujuan ini. Ketahui lebih lanjut Fungsi Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee.


 


Post a Comment

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...