KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday 14 October 2013

Kenapa Perlu Ada Perniagaan Sendiri?

Bill Gates, yang merupakan antara individu terkaya di dunia pernah berkata….
“Jika anda dilahirkan miskin, ianya bukan salah anda, tetapi jika anda mati dalam keadaan miskin, maka, ianya adalah salah anda!”

Ya! Jika kita dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin, kita tidak boleh menyalahkan ibu-bapa kita ataupun sesiapa, kita tidak boleh pilih untuk lahir dari perut seorang ibu yang kaya.. tetapi kita boleh pilih, untuk mengubah nasib dan perjalanan kehidupan kita.

Seringkali kita dengar Ayat Al-Quran, “Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, hingga mereka mengubahnya”. – Surah Ar-Ra’d, Ayat 11

Perubahan, perlu bermula dari diri kita sendiri, bukan dari ibu-bapa, pasangan, kerajaan, ketua kampung, makcik kantin  atau orang lain… Ianya perlu bermula dari diri kita sendiri.

Persoalannya.. Bagaimana Untuk Mengubah Nasib Kita? 

74% PELUANG UNTUK ANDA MENJADI JUTAWAN

Menurut kajian yang dibuat oleh Brian Tracy International..
  • 74% jutawan yang ditemui adalah merupakan golongan usahawan yang memiliki perniagaan sendiri
  • 10% jutawan hasil daripada pekerjaan (makan gaji) – senior eksekutif , CEO
  • 10% jutawan dari golongan profesional – doktor pakar, peguam
  • 5% jutawan dari golongan jurujual – agen insuran dan agen kewangan
  • 1% lain-lain – pewaris harta, menang loteri dll
Dari statistik ini, jelas boleh dilihat… satu-satunya peluang yang paling besar untuk anda menjadi jutawan, adalah dengan menjadi “USAHAWAN”. Peluangnya adalah setinggi 74%!

Di dalam salah satu riwayat hadis juga ada mengatakan.. “9/10 rezeki itu adalah menerusi perniagaan”.

Jadi, tidak syak lagi… berniaga, adalah cara paling “pasti” untuk menjadi Jutawan!

Persoalannya..  Anda mahu berniaga apa?

4 BIDANG PERNIAGAAN PEMBUKA PINTU KEKAYAAN

Chef Li di dalam bukunya yang bertajuk “Petunjuk Jalan Kekayaan”, ada membongkarkan 4 bidang perniagaan yang menjadi pintu kepada kekayaan , perniagaan di dalam bidang ini takkan tergugat walaupun dalam situasi gawat.

Permintaan pelanggan terhadap produk yang diusahakan di dalam bidang perniagaan ini, sentiasa wujud dan bertali arus seperti sebuah sungai yang tidak akan surut.

Ianya adalah perniagaan di dalam bidang..
  1. Makanan
  2. Kesihatan & ubat-ubatan
  3. Pakaian
  4. Pendidikan & Latihan
4 perkara ini adalah merupakan keperluan asas kepada kehidupan manusia, segawat mana pun ekonomi, manusia tetap akan memerlukan makanan dan pakaian. Begitu juga dengan kesihatan dan pendidikan, ianya adalah keperluan asas kepada kehidupan manusia.

PUNCA TIDAK BERMULA!

Sebab paling besar yang menghalang seseorang untuk bertindak dari memulakan perniagaan, adalah kerana mereka takut!.
  • Takut bangkrap
  • Takut barang tak laku
  • Takut nak keluar modal
  • Takut nak jumpa dan bercakap dengan orang
  • Takut duit modal hangus
  • Takut kena tipu pelanggan atau pembekal
  • Takut pelanggan tak ramai
  • Takut kena santau dan buatan orang
Dan pelbagai lagi ketakutan yang akhirnya akan menyebabkan niat untuk berniaga itu terbantut dan akhirnya dilupakan begitu sahaja.

Hanya ada satu sahaja cara untuk mengatasi semua ketakutan itu…..
Iaitu dengan…

IQRA… MENUNTUT ILMU

Iqra.. itulah ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Ia sebenarnya adalah kunci kepada segala kejayaan hidup didunia dan juga di akhirat. Iqra yang bererti “Bacalah..” sebenarnya membawa maksud, tuntutlah ilmu..
Ramai bakal usahawan menjadi “takut untuk bertindak” adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang sesuatu itu secara menyeluruh.
Mereka tidak nampak “The big picture”  bagaimana sesuatu perniagaan itu boleh dilakukan….

Sumber : SIFU 2013

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...