KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Thursday 10 October 2013

15 Tip Disayangi Suami

Kali Nie Kak Engku Nak Berkongsi Ngan Mama Tip Yang Akan Membuatkan Cik Husben Lebih Sayangkan Isteri Hihi.

1. Sentiasa senyum dan menunjukkan riak wajah yang manis dihadapannya.

2. Menjadi pendengar yang baik dan memberikan respon positif terhadap luahannya.

3. Bertutur dengan lembut dan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi.

4. Sentiasa menjaga penampilan diri dan pakaian ketika di hadapan suami terutama sekali di rumah. Elakkan memakai pakaian yang lusuh dan buruk.

5. Memakai wangi-wangian dan solekan ketika berada di sampingnya.

6. Mengetahui masakan kegemarannya, mempelajarinya dan menyajikannya sendiri di rumah.

7. Mengasuh dan melayani anak-anaknya dengan baik.

8. Menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga dan rakan rapatnya.

9. Mengotakan janji-janji percintaan anda terhadapnya.

10. Menjaga barangan yang disayangi seperti haiwan peliharaan dan koleksi kereta mainan atau gajet kegemarannya.

11. Sentiasa meluangkan masa memberikan urutan bagi menghilangkan stres dan tekanan.

12. Pandai membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.

13. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan suami.

14. Menyediakan pakaian yang sesuai dan bekalan makanan untuknya ke pejabat.

15. Tidak menjalinkan hubungan mesra yang keterlaluan dengan lelaki lain!.


No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...